Rekabentuk Rumah Banglo 1 Tingkat – LEANROOF HOUSE / ZIZI + EUDA STUDIO

LEANROOF HOUSE ialah salah satu siri cadangan rekabentuk rumah PAKBILIK HOUSE. Rekabentuk rumah ini mempunyai keluasan 1550 kaki persegi (kps) dengan 4 bilik tidur 2 bilik air.

IMEJ – DZ CREATION STUDIO

Pintu masuk utama boleh diakses melalui tempat letak kereta dan pintu gelangsar yang menghadap depan. Pintu gelangsar digunakan untuk memberikan pandangan yang lebih luas dan terbuka selain membenarkan pengudaraan yang lebih banyak memasuki ruang dalam.

Ketinggian rumah ialah 450mm dari aras tanah.

IMEJ – DZ CREATION STUDIO

Bukaan Pintu dan Tingkap

Bukaan yang digunakan untuk rekabentuk rumah ini ialah jenis tingkap yang memanjang ke bawah dan tingkap penjuru untuk membenarkan pencahayaan yang lebih baik.

Bilik lain dan ruang belakang menggunakan saiz bukaan standard.

IMEJ – DZ CREATION STUDIO
IMEJ – DZ CREATION STUDIO
VIDEO – YT
  • LEANROOF HOUSE
  • Jurureka: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ Creation
  • Keluasan: 1550 kps
  • Tahun: 2023
  • Imej render: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ Creation Studio
  • Negeri: Kelantan

* Rekabentuk rumah ini disediakan oleh ZIZI+EUDA STUDIO / DZ CREATION. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui pautan di sini

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *