PETUNIA HOUSE ialah cadangan rekabentuk rumah banglo 1 tingkat yang berkeluasan 1550 kaki persegi (kps). Projek ini merupakan siri rekabentuk kepada rekabentuk rumah PAKBILIK HOUSE yang dicadangkan di Telok, Kota Bharu Kelantan.
Rekabentuk rumah ini mengandungi 4 bilik tidur dan 2 bilik air. Dari segi susun atur pelan lantai, pintu masuk utama boleh diakses melalui tempat letak kereta dan pintu gelangsar yang menghadap depan. Ketinggian rumah pula ini dinaikkan sebanyak 450mm dari aras tanah.
Bukaan Pintu dan Tingkap
Bukaan yang dicadangan bagi rumah kediaman ini ialah jenis tingkap yang labuh iaitu memanjang ke bawah sehingga kira-kira 1 kaki sebelum mencecah lantai. Tingkap penjuru juga dugunakan untuk membenarkan pencahayaan yang lebih baik ke dalam isi rumah serta memberi perasaan ruang dalam yang lebih luas terutamanya di bahagian depan.
Di bilik dan ruang yang lain menggunakan bukaan tingkap saiz standard.
Tempat letak kereta boleh memuatkan sebuah kereta.
- PETUNIA HOUSE
- Jurureka: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ Creation
- Keluasan: 1550 kps
- Tahun: 2023
- Imej render: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ Creation Studio
- Negeri: Kelantan
* Rekabentuk rumah ini disediakan oleh ZIZI+EUDA STUDIO / DZ CREATION. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui pautan di sini