SRC: DS Najib ke PBB mohon perbicaraan semula kes

Bekas perdana menteri DS Najib Razak telah mengemukakan petisyen kepada Majlis Hak Asasi Manusia Kumpulan Kerja Penahanan Arbitrari PBB (UNWGAD) bagi memohon pembebasan daripada penjara atau perbicaraan semula kes SRC International terhadapnya.

Pada satu sidang media, peguam DS Najib, Shafee Abdullah menegaskan bahawa rayuan bekas Ahli Parlimen Pekan itu di Mahkamah Persekutuan mempunyai “kecacatan serius” dan bertentangan dengan “peraturan keadilan antarabangsa”.

Najib memulakan hukuman penjara 12 tahun pada Ogos selepas mahkamah tertinggi mengesahkan sabitan dan hukumannya dalam kes SRC.

– FMT

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *