Angka kematian di Turki, Syria melebihi 33,000

Pasukan penyelamat menemui lebih ramai mangsa yang terselamat dari runtuhan pada hari Ahad, kejadian yang berlaku hampir seminggu selepas gempa bumi paling teruk melanda Turki dan Syria.

Peluang untuk mencari lebih ramai lagi mangsa yang terselamat semakin sukar apabila jumlah yang terkorban akibat gempa bumi dan gegaran susulan besar pada hari Isnin meningkat melebihi 33,000 orang dan jumlah itu kelihatannya akan terus meningkat. Ia merupakan gempa bumi paling dahsyat di Turki sejak 1939.

Penduduk yang kehilangan tempat tinggal di bandar Kahramanmaras, Turki telah memasang khemah sedekat mungkin dengan kediaman mereka yang musnah supaya dapat memantau kediaman mereka daripada aktiviti tidak diingini.

Presiden, Tayyip Erdogan berjanji untuk memulakan pembinaan semula dalam masa beberapa minggu lagi.

Di Syria, ramai penduduk kehilangan tempat tinggal lagi selepas kehilangan tempat tinggal beberapa kali akibat perang saudara selama sedekad. Bagaimana pun, wilayah ini menerima sedikit bantuan berbanding kawasan yang dikuasai kerajaan.

“Kami setakat ini telah mengecewakan rakyat di barat laut Syria,” ketua bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Martin Griffiths tweet dari sempadan Turki-Syria, di mana hanya satu laluan dibuka untuk bekalan bantuan PBB.

“Mereka betul-betul berasa ditinggalkan,” kata Griffiths, sambil menambah bahawa dia memberi tumpuan untuk menanganinya dengan pantas.

Lebih enam hari selepas gempa melanda, pasukan penyelamat masih menemui segelintir mangsa di dalam serpihan kediaman yang telah runtuh.

Di bandar Antakya di selatan Turki, sepasukan penyelamat China dan bomba Turki menyelamatkan Malik Milandi warga Syria berusia 54 tahun selepas dia terselamat 156 jam dalam runtuhan.

Di jalan utama menuju ke bandar, salah satu tempat yang paling teruk dilanda bencana di Turki, beberapa bangunan yang masih berdiri mempunyai retakan besar dan fasad yang runtuh. Keadaan trafik kadang-kadang terhenti apabila pasukan penyelamat menyeru supaya senyap untuk mengesan tanda-tanda mangsa yang masih bernyawa berada di bawah runtuhan.

Seorang bapa dan anak perempuan, seorang kanak-kanak kecil dan seorang kanak-kanak perempuan berusia 10 tahun adalah antara mangsa terselamat yang ditarik dari runtuhan pada Ahad, tetapi keadaan seperti itu sangat sukar terjadi memandangkan jumlah mangsa yang ditemui maut terus meningkat.

Pada pengebumian berhampiran Reyhanli, wanita meraung dan memukul dada mereka ketika mayat diturunkan dari lori.

Seorang penduduk di Kahramanmaras berkata dia masih belum mengebumikan saudara-maranya kerana tidak cukup kain kafan pengebumian untuk membungkus mereka. Di jalan masuk ke bandar, sebuah trak besar disusun dengan keranda kayu sehingga penuh.

Kualiti bangunan di negara yang terletak pada beberapa garisan sesar seismik telah menjadi tumpuan yang ketara selepas gempa bumi.

Naib Presiden Turki, Fuat Oktay berkata, mereka mengenalpasti pihak yang bertanggungjawab terhadap keruntuhan beribu-ribu bangunan di 10 wilayah terbabit.

“Kita akan mengikuti perkara ini dengan teliti sehingga proses kehakiman yang diperlukan selesai terutama bagi bangunan yang mengalami kerosakan teruk dan bangunan yang menyebabkan kematian dan kecederaan,” katanya.

Gempa bumi melanda negara itu ketika Erdogan menghadapi pilihan raya presiden dan parlimen yang telah dijadualkan pada bulan Jun. Malah sebelum bencana itu, popularitinya telah jatuh kerana inflasi yang melambung tinggi dan mata wang Turki yang terus merosot.

kesan gempa bumi yang berlaku itu menyebabkan ahli politik pembangkang telah menuduh usaha bantuan oleh pihak kerajaan sebagai perlahan dan tidak mencukupi sejak awal kejadian, dan pengkritik telah mempersoalkan mengapa tentera tidak dibawa masuk lebih awal.

Bagaimana pun, Erdogan telah mengakui masalah yang berlaku dengan seperti rangkaian pengangkutan rosak, tetapi berkata keadaan telah dapat dikawal dengan baik. Dia telah menyeru solidariti dan mengutuk politik “negatif”.

Dia juga telah memberi amaran bahawa perompak yang mengambil kesempatan terhadap musibah itu akan dikenakan hukuman berat.

Seorang warga tua di Kahramanmaras berkata barang kemas emas di rumahnya telah dicuri, manakala polis ditempatkan di bandar pelabuhan Iskenderun berikutan terdapat banyak kedai telefon dan barang kemas.

Bantuan Syria yang rumit oleh perang bertahun-tahun

Di Syria, perang saudara yang berlaku 12 tahun di negara itu telah menghalang kerja bantuan.

Menurut sumber yang memberitahu Reuters, kumpulan sempadan itu tidak akan membenarkan sebarang penghantaran dari kawasan yang dikuasai kerajaan dan bantuan akan datang dari Turki ke utara negara itu.

“Turki telah membuka semua jalan raya dan kami tidak akan membenarkan rejim mengambil kesempatan daripada keadaan untuk menunjukkan mereka (kerajaan) membantu,” kata sumber itu.

PBB berharap dapat meningkatkan operasi rentas sempadan dengan membuka pintu sempadan tambahan antara Turki dan Syria yang dikuasai pembangkang untuk penghantaran bantuan, kata jurucakap Jens Laerke.

Penghantaran pertama bantuan dari Eropah ke bahagian yang dikuasai kerajaan di Syria juga tiba di Damsyik pada hari Ahad.

Ketua bantuan PBB Griffiths akan pergi ke bandar Aleppo di utara Syria pada hari Isnin untuk meninjau kerosakan dan melancarkan rayuan daripada Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Syria dan berharap akan meliputi kedua-dua zon kawalan kerajaan dan bukan kerajaan.

Duta PBB Syria Geir Pedersen berkata di Damsyik Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu sedang menggerakkan dana untuk menyokong Syria. “Kami cuba memberitahu semua orang: Ketepikan politik, ini adalah masa untuk bersatu di sebalik usaha bersama untuk menyokong rakyat Syria,” katanya.

Gempa itu menjadi kejadian bencana alam ke-6 paling dahsyat di dunia pada abad ini yang jumlah kematiannya melebihi 31,000 akibat gempa bumi. Laporan tidak rasmi merekodkan sejumlah 29,605 orang mangsa terkorban di Turki dan lebih 3,500 orang mangsa terkorban di Syria.

Turki berkata kira-kira 80,000 orang berada di hospital, dan lebih 1 juta di tempat perlindungan sementara.

– Foto via MSN

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *