Beberapa kawasan di Kuala Lumpr & Selangor dijangka alami gangguan air

Sekitar 1,000 kawasan di Kuala Lumpur dan Selangor bakal mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual berikutan empat loji rawatan air (LRA) terpaksa dihenti tugas apabila pencemaran bau dikesan di muka sauk LRA Rantau Panjang malam tadi.

Henti tugas sementara itu melibatkan LRA Rantau Panjang serta Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 1 (LRA SSP1), Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2), dan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 3 (LRA SSP3).

“Lapan wilayah Air Selangor iaitu Petaling (370 kawasan), Gombak (279 kawasan), Hulu Selangor (30 kawasan), Klang & Shah Alam (189 kawasan), Kuala Langat (3 kawasan), Kuala Lumpur (186 kawasan) dan Kuala Selangor (280 kawasan) dijangka akan mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual.

“Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa,” katanya dalam kenyataan di Facebook Air Selangor.

Perkembangan berkaitan insiden terbabit akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada pengguna.

“Pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.

“Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” katanya.

Terdahulu, Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) berjaya mengesan bau seakan diesel di muka sauk LRA Rantau Panjang.

LUAS berkata, pihaknya mengambil langkah pencegahan untuk mengelakkan gangguan bekalan air di Lembah Klang susulan pencemaran bau di muka sauk LRA Rantau Panjang, dan bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan.

– MSN

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *