Peter Cook dan Adjaye Associates adalah antara arkitek yang terlibat dalam rancangan projek ‘mega-city’ sepanjang 170km yang kini sedang dalam pembinaan di Arab Saudi.
Projek padang pasir linear yang dikenali sebagai The Line, adalah antara yang sedang dipamerkan di Riyadh Arab Saudi sehingga 29 April.
Gambaran awal menunjukkan dua bangunan pencakar langit bercermin melalui padang pasir, dengan kereta api berkelajuan tinggi, taman dan laluan pejalan kaki yang berada di antara keduanya.
NEOM merupakan projek mega ‘bandar pintar’ oleh Putera Mahkota Mohammed bin Salman yang bernilai $500 bilion. Ia mengandungi kawasan pelabuhan baru, tasik buatan dan pusat peranginan ski di padang pasir yang dijangka akan siap menjelang tahun 2030.
Di dalam ‘The LINE Exhibition’ itu, sebanyak 10 lagi arkitek global lain yang bekerja untuk projek rancangan The Line dinamakan pada pameran itu. Mereka yang terlibat ialah Morphosis, OMA, Peri Cobb Freed & Partners, Studio Fuksas, Tom Wiscombe Architecture, UNStudio, Coop Himmelb(l)au, HOK, Oyler Wu Collaborative dan Delugan Meissl Associated Architects.
Gambar pembinaan The Line ditunjukkan dalam video kemajuan awal pada bulan Januari lalu (16 Januari 2023). Namun, masih belum jelas yang mana antara rekabentukThe Line yang sedang dibina. OMA memberitahu, ia tidak ditunjukkan dalam kemas kini terkini. Arkitek lain juga belum mengeluarkan apa-apa maklumat mengenai projek mega itu.