Dubai Akan Jadi Bandar Paling Berhubung Di Dunia

Sumber Foto

Satu projek untuk mewujudkan lebuhraya berbumbung kepada pejalan kaki dan penunggang basikal telah dicadangkan oleh Arkitek Urb di Dubai.

Projek dengan nama The Loop itu diberi gambaran untuk menggalakkan sekitar tiga juta penduduk Dubai supaya beralih daripada kereta kepada mod pengangkutan yang lebih sihat seperti berjalan kaki, berbasikal, berlari mahupun beristirehat.

“The Loop menyasarkan untuk menjadikan Dubai sebuah bandar yang paling berhubung di bumi dengan berjalan kaki atau berbasikal,” kata ketua pegawai eksekutif Urb, Baharash Bagherian.

Struktur sepanjang 93-kilometer itu akan ditutupi dengan tiub kaca dan akan mempunyai lantai kinetik yang akan menghasilkan tenaga apabila dipijak.

Sumber Foto

Imej render atau pengimejan The Loop yang dikeluarkan oleh Arkitek itu menunjukkan tumbuh-tumbuhan dan kolam air di dalam satu struktur yang berbentuk seperti ular, yang turut akan mengawal iklim.

Sumber Foto

“Ia akan menyediakan sebuah persekitaran iklim sepanjang tahun yang menyeronokkan, untuk menjadikan berjalan kaki dan berbasikal sebagai mod pengangkutan utama bagi penduduk Dubai yang sejajar dengan inisiatif bandar barunya selama 20 minit,” kata Urb kepada Dezeen.

Menurut Urb, menggalakkan penduduk Dubai menukar kereta kepada basikal memerlukan “anjakan seismik”. Oleh itu, sebarang inisiatif yang berjaya memerlukan infrastruktur yang menyokong keperluan penduduk bandar.

“Cabaran utama di Dubai ialah infrastruktur dan fabrik bandar sedia ada telah direkabentuk terutamanya untuk kegunaan kereta. Oleh itu, menukar kereta kepada basikal di bandar yang sememangnya berorientasikan kereta, memerlukan peralihan seismik dalam perancangan bandar serta infrastruktur yang diperlukan untuk membolehkan proses peralihann itu.”

Oleh yang demikian, projek The Loop itu telah direka untuk menghubungkan kemudahan riadah dan kesihatan seperti pusat kecergasan, hotel dan gelanggang sukan.

Sumber Foto

Projek itu masih dalam peringkat penyelidikan dan pembangunan, ia bakal menyediakan ruang ladang menegak bersepadu, sebagai food security.

Selain ruang orang ramai, Arkitek Urb memberi gambaran bahawa The Loop akan membantu menyatukan bahagian bandar yang terputus apabila jalan itu dibina di sana nanti.

Katanya, ketika seluruh dunia sibuk dengan projek menaik taraf infrastruktur pengangkutan yang lebih mampan, projek The Loop pula akan mencipta sejarah sebagai penanda aras baru untuk infrastruktur berbasikal dan berjalan kaki paling pintar di dunia.

Projek ini akan menjadikan Dubai sebuah bandar 20 minit yang bermaksud semua penduduk dan pengguna boleh mengakses ke daerah yang berbeza dalam masa 20 minit sahaja dengan berbasikal atau berjalan kaki.

Sumber Foto

“Matlamatnya ialah menjadikan aktiviti berbasikal dan berjalan kaki sebagai mod pengangkutan utama untuk perjalanan harian bagi lebih 80 peratus penduduk Dubai menjelang tahun 2040,” kata Urb.

The Loop direka untuk diselaraskan dengan pelan induk (masterplan) bandar Dubai 2040 bagi meningkatkan kualiti hidup penduduknya dalam tempoh 20 tahun yang akan datang.

Projek lain yang akan dibina di Dubai antaranya ialah Vertical Forest oleh Arkitek Itali, Stefano Boeri Architetti iaitu sebuah bangunan yang akan dilitupi dengan beribu-ribu pokok dan Arkitek ZN Era untuk projek Downtown Circle dekat dengan Burj Khalifa.

Sumber Foto

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *