Laluan Transit Aliran Massa (MRT) Kajang ke Kwasa Damansara menghadapi gangguan perkhidmatan dan kelewatan pagi ini, dipercayai berpunca daripada masalah teknikal.
Gangguan perkhidmatan MRT menghala ke KL Sentral berlaku seawal jam 7 pagi pada waktu sibuk kerana penumpang bergegas ke tempat kerja.
Semakan di stesen MRT Bandar Tun Hussein Onn mendapati berlaku kesesakan dengan laluan panjang penumpang menunggu untuk menaiki MRT.
Difahamkan, sebuah kereta api menghadapi masalah teknikal di stesen MRT Bukit Dukung. Pasukan operasi MRT sedang dalam proses menangani masalah tersebut.
Terdahulu, dalam satu pengumuman di stesen MRT, penumpang dimaklumkan mengenai kelewatan perkhidmatan dan isu kesesakan yang berlaku akibat masalah teknikal yang menjejaskan tren.
Permohonan maaf telah dikeluarkan kepada penumpang atas kesulitan yang berlaku.
– Sumber foto