Pengerusi kehormat Toyota Shoichiro Toyoda meninggal dunia pada usia 97 tahun

Shoichiro Toyoda, pengerusi kehormat Toyota Motor sebuah jenama kereta Jepun yang terkemuka telah meninggal dunia akibat kegagalan jantung pada hari Selasa, di usia 97 tahun.

Toyoda, merupakan keturunan generasi ketiga keluarga pengasas jenama itu yang berkembang menjadi pembuat kereta terkemuka dunia. Dia juga bertanggungjawab mendorong Toyota, yang awalnya merupakan pengeluar mesin tenun yang seterusnya mengeluarkan kenderaan di luar negara.

Toyoda dilahirkan pada 27 Februari 1925, membuka jalan kepada pembuat kereta Jepun itu untuk berkembang menjadi salah satu jenama yang paling diiktiraf di peringkat global.

Shoichiro Toyoda menyertai syarikat itu sebagai ahli lembaga pada usia hanya 27 tahun. Beliau telah dilantik sebagai pengarah urusan pada tahun 1961 atas usahanya dalam meningkatkan kualiti produk.

Beliau menjadi naib presiden eksekutif pada tahun 1972 dan 1981. Beliau, kemudiannya dinamakan sebagai presiden organisasi jualan Toyota.

Berikutan penggabungan organisasi pengeluaran, beliau mengambil alih tampuk pimpinan Toyota Motor, seterusnya berkhidmat sebagai pengerusi lembaga dari 1992 hingga 1999.

Toyoda memacu pengeluaran luar negara di belakang pertumbuhan ekonomi Jepun, dan menubuhkan usaha sama dengan General Motors di Amerika Syarikat pada tahun 1984 dan Toyota secara aktif berkembang di luar pasaran Amerika Utara.

Gergasi kereta itu kini mempunyai tapak pengeluaran di seluruh dunia, termasuk Eropah, China dan Afrika.

Toyoda kemudian menumpukan usahanya pada perniagaan perumahan. Datuknya Sakichi telah memulakan pembuatan alat tenun dan bapanya Kiichiro pengeluaran kereta.

Perniagaan yang dimulakan oleh Toyoda iaitu Toyota Housing, kini merupakan unit utama Prime Life Technologies, usaha sama antara Toyota, Panasonic Holdings dan Mitsui & Co.

Ia telah memainkan peranan utama ketika Toyota cuba membina bandar generasi akan datang yang mengintegrasikan kereta elektrik dengan perumahan.

Toyoda berkhidmat sebagai ketua Persekutuan Perniagaan Jepun, lobi perniagaan terbesar di negara itu, selama empat tahun hingga 1998, bergelut dengan memulihkan ekonomi Jepun yang tidak stabil dan melaksanakan pembaharuan pentadbiran serta kewangan.

Selepas meninggalkan lembaga pengarah pada tahun 2009, Toyoda terus mempunyai pengaruh berat ke atas syarikat itu, yang kini merupakan salah satu pembuat kereta terbesar di dunia. Toyoda telah menjadi pengerusi kehormat sejak 1999.

Berasal dari Nagoya, beliau menyumbang kepada pembangunan ekonomi bandar, berkhidmat sebagai pengerusi organisasi yang menganjurkan Pameran Dunia 2005 di Prefektur Aichi.

Dia juga berkhidmat sebagai ketua Akademi Kaiyo, sebuah sekolah berasrama penuh lelaki yang dibantu dan ditubuhkan olehnya di Gamagori, Prefektur Aichi.

Toyoda telah dilantik ke dalam Dewan Kemasyhuran Automotif di Amerika Syarikat pada tahun 2007.

Imej via

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *