Perodua Axia 2023: Harga dan Spesifikasi

Secara rasminya, Perodua Axia 2023 telah diumumkan. Model Axia 2023 kali ini adalah model serba baru pertama untuk Model Axia sejak ia pertama kali diperkenalkan pada tahun 2014.

Harga rasmi Perodua Axia 2023

Foto via

Berikut adalah harga rasmi Perodua Axia 2023 di Semenanjung Malaysia:

  1. Perodua Axia 1.0 G – RM38,600
  2. Perodua Axia 1.0 X – RM40,000
  3. Perodua Axia 1.0 SE – RM44,000
  4. Perodua Axia 1.0 AV – RM49,500

Semua varian didatangkan dengan waranti 5 tahun atau 150,000 km daripada Perodua.

Lebih Panjang dan Luas

Axia baru 2023 ini panjang dan lebih luas berbanding dengan generasi sebelumnya.Panjangnya juga lebih panjang daripada Myvi sekarang yang iaitu 2,525mm. Model terbaru itu menggunakan platform Daihatsu New Global Architecture (DNGA), yang kini turut digunakan oleh Alza dan Ativa yang baru. Walaupun ia mengekalkan enjin 1.0 liter 3 silinder biasa, Perodua telah meninggalkan transmisi auto 4-kelajuan lama dan menggantikannya dengan Dual-Mode CVT (D-CVT) yang lebih maju.

Foto via

Penjimatan Bahan Api

Model kali ini menghasilkan 67hp dan 91Nm tork, dan ia didakwa bakal memberikan penjimatan bahan api sehingga 27.4 km seliter. Kira-kira lebih 800km jarak pemanduan pada tangki petrol 36 liter penuh dengan pemanduan berjimat.

Perodua Axia 2023 terbaru hanya ditawarkan secara automatik dan tiada varian transmisi manual.

Foto via

Perodua Axia G

Axia G yang baru ini ditawarkan pada harga sedikit tinggi berbanding Axia G sebelumnya iaitu dari RM4,000 ke RM5,000. Axia G merupakan varian asas tetapi mempunyai lebih banyak ciri standard. Ia mendapat bantuan permulaan bukit, Sistem brek anti-kunci (ABS) dengan EBD dan BA, dan Kawalan Kestabilan Kenderaan (VSC).

Jika Axia sebelum ini menerima 2 beg udara, begitu juga dengan Axia G yang baru ini. Model Axia G ini menawarkan panel instrumen monoton LCD 4.2″, Roda aloi 14″ dan menggunakan lampu utama halogen dan sistem audio standard MP3 dan Bluetooh.

Perodua Axia X

Axia X berharga RM40,000. Ia ditawarkan dengan lampu depan LED automatik yang lengkap dengan ciri-ciri Follow-me Home dan Leaving Home. Selain itu, ia mempunyai sensor parking depan, masuk tanpa kunci dan butang ‘Start’.

Perodua Axia SE

Axia SE tampak sedikit moden dengan harga RM44,000. Ada lampu LED untuk waktu siang, power mode steering, sistem kawalan digital untuk aircond, skirting hadapan, gril krom untuk bahagian depan dan skirt tepi.

Perodua Axia AV

Antara G hingga SE, Axia AV mempunyai spesifikasi yang paling tinggi. Ia ditawarkan tempat duduk separa kulit dan stereng yang berbalut kulit yang lengkap dengan banyak suis dan butang untuk rasa yang lebih mewah.

Foto via

Sistem infotainmen skrin sentuh LCD 9″ dengan HDMI, dan paparan maklumat TFT 7″ yang kelihatan sama dengan Ativa.

Ciri terbesar yang ditawarkan pada varian ini ialah Bantuan Keselamatan Lanjutan Perodua termasuk Amaran dan Pencegahan melepasi lorong, Brek Kecemasan, Pemantau Titik Buta dan Amaran Trafik Rentas Belakang. Selain itu, mempunyai 6 beg udara dan lampu tinggi automatik.

Foto via

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *