Projek Business Stadium Central Oleh Zaha Hadid di Vilnius, Lithuania Diberi Kelulusan

Projek Business Stadium Central oleh Zaha Hadid telah diberikan kelulusan oleh City of Vilnius. Projek itu adalah kerjasama antara Zaha Hadid dan pemaju, Hanner berusaha untuk menjadikan projek itu sebagai tempat perhimpunan baru untuk bandar itu. Bangunan itu mewujudkan pelbagai ruang dan kemudahan orang ramai yang baru dengan tempat kerja yang fleksibel serta kemudahan kesihatan dan kesejahteraan untuk semua orang di Vilnius. Projek itu dimulakan pada suku kedua tahun ini.

Imej via Archdaily

Teerletak di dalam Pelan Bandar Vilnius, projek Business Stadium Central mempunyai keluasan 24,000 meter persegi yang terdiri daripada dua blok bertingkat 8 dan 9 tingkat. Kedua-dua blok itu disambungkan pada aras jalan dan mempunyai jambatan pada aras lima. Setiap menara mempunyai ruang pejabat dengan saiz dan susun atur yang berbeza untuk mencapai ruang boleh guna yang maksimum.

Imej via Archdaily

“Sistem bangunan yang mampan akan mengurangkan karbon yang wujud dalam pembinaan dan penggunaan tenaganya”, dalam satu kenyataan.

Untuk mengurangkan pendedahan secara langsung kepada matahari dalam tempoh tertentu dan dalam masa yang sama, untuk mengoptimumkan haba suria, louvre dan balkoni pada fasad bangunan telah digunakan dan disusun mengikut penjajaran matahari. Pengudaraan semula jadi, pertukaran haba dan sistem pemulihan akan dapat mengurangkan penggunaan tenaga.

Imej via Archdaily

Zaha Hadid Architect kini sedang mengusahakan projek pembangunan semula kompleks stesen kereta api dan kawasan sekitarnya di Lithuania. Manakala, projek mereka ‘Green Connect’ telah menduduki tempat pertama dalam pertandingan rekabentuk antarabangsa.

Imej via Archdaily

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *