Arkitek Kuehn Malvezzi, Pelletier de Fontenay dan Jodoin Lamarre Pratte Architectes merekabentuk zoo dan muzium serangga, Montreal Insectarium. Montreal Insectrium merupakan sebahagian daripada Space for Life, sebuah muzium sains dalam Taman Olimpik Montreal yang menempatkan planetarium dan taman botani.
Montreal Insectrium ditubuhkan pada tahun 1990, mengandungi habitat untuk pepijat, galeri untuk paparan spesimen yang telah diawet dan ruang interaktif untuk menghidupkan suasana seperti menjadi serangga.
Rekaan baru itu untuk mewujudkan pendekatan baru untuk mempelajari dunia alam semula jadi dengan cara membawa para pengunjung mengenali lebih rapat dengan dunia pepijat. Muzium itu sendiri berharap, idea terbaru itu dapat mengubah hubungan orang ramai terhadap serangga.
Kuehn Malvezzi, Pelletier de Fontenay dan Jodoin Lamarre Pratte Architectes merupakan arkitek yang terlibat bersama dengan firma landskap Atelier Le Balto, selepas memenangi pertandingan rekabentuk muzium di peringkat antarabangsa pada tahun 2014.
“Dibuka dalam waktu yang penting untuk memikirkan semula hubungan antara biologi manusia dan bukan manusia, Montreal Insectarium yang baru mewakili pendekatan baru yang kritikal untuk sebuah muzium” kata pasukan reka bentuk.
Konsep rekabentuknya ialah gabungan senibina dan alam semula jadi yang asli serta perkara-perkara lain yang berkaitan dengan alam semula jadi.
“Walaupun terdapat banyak bangunan yang dikhaskan untuk alam semula jadi, bangunan ini pula saling berkait dengan eksploitasi dan transformasi alam sekitar”, kata Kuehn Malvezzi.
Montreal Insectarium terdiri daripada tiga elemen utama iaitu bangunan berkaca dua tingkat, pelan segi empat tepat dan bumbung bentuk gigi gergaji. Di sebelahnya terdapat struktur berkubah yang digambarkan seperti busut. Manakala di hadapan bangunan itu ialah taman pendebungaan dan juga plaza masuk yang boleh melihat rama-rama.
Apabila para pengunjung memasuki ke ruang bangunan utama, pengunjung akan melalui sebuah dewan dan kemudian akan melalui beberapa siri bilik gelap yang dengan ruang pameran.
Menurut arkiteknya, ruang yang dicipta adalah untuk mengelirukan deria manusia dengan cara yang berbeza, meniru penglihatan, bunyi dan pergerakan serangga.
Terdapat ruang boleh panjat di mana para pengunjung boleh mengalami sendiri cara yang digunakan oleh serangga untuk bergerak di permukaan yang berbeza.
Satu lagi kawasan yang boleh dilalui ialah dengan cara menunduk, merangkak dan menyelit melalui lubang-lubang seolah-olah bergerak seperti serangga menyelinap ke setiap ruang.
Salah satu ruang yang menarik ialah bilik dengan skrin besar. Skrin besar dengan piksel berkelip-kelip yang direka seperti meniru bagaimana seekor lalat melihat. Kemudian, terdapat juga ruang yang mempunyai getaran sonik yang boleh dirasai melalui lantai bergerigi dan meniru apa yang dirasai oleh serangga di dalam badannya.
Kuehn Malvezzi memberitahu bahawa rekaan muzium ini adalah untuk mewujudkan suasana yang menyeronokkan kepada para pengunjung. Katanya lagi, ia bukan seperti muzium biasa.
Vivarium atau tempat simpanan serangga hidup yang besar yang penuh cahaya disediakan di tingkat atas bangunan utama. Selain itu, laluan berjalan juga akan melalui pelbagai iklim mikro yang disediakan untuk serangga dan tumbuh-tumbuhan berbeza. Ruang itu menampung kira-kira 175 spesies serangga dan 150 jenis tumbuhan yang berbeza.
Selain itu, terdapat rumah hijau pengeluaran, makmal, bengkel kreatif dan kawasan pekerja.
Struktur berkubah pula menyimpan lebih kurang 3,000 spesimen yang diawet dipamerkan di dalam kotak bercahaya. Pameran disusun pada dinding konkrit yyang dikenali sebagai shotcrete.
Material bangunan berkaca telah dipilih untuk membolehkan jumlah cahaya matahari yang maksimum memasuki ke seluruh bangunan.
Muzium ini direka untuk memperoleh pensijilan LEED Gold daripada Majlis Bangunan Hijau AS.
Sumber foto