Sekolah-Sekolah daif akan dibaiki

Sekolah daif di Malaysia diharap dapat ditangani segera apabila perkara tersebut menjadi tumpuan Kerajaan Perpaduan untuk diselesaikan.

Komitmen kerajaan adalah untuk menjamin kebajikan murid dan guru, selain meningkatkan mutu pendidikan negara.

Bajet 2023 akan dibentangkan pada 24 Februari ini yang mana Perdana Menteri akan menekankan bahawa semua sekolah yan berada di bawah tanggungjawab kerajaan akan diperbaiki.

Arahan kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek untuk menyenaraikan semua sekolah daif tanpa kira jenis sekolah atau siapa pelajar sama ada orang Penan dan Dayak di pedalaman Sarawak, India di Ijok, Melayu di Manek Urai dan sebagainya telah dibuat.

Sebanyak 830 sekolah telah dikenal pasti memerlukan penggantian atau pembangunan semula blok bangunan yang daif.

Pengumuman itu pasti melegakan warga pendidi yang mahukan perkara itu diselesaikan segera kerana masih terdapat sekolah yang menggunakan bangunan kayu dan papan untuk sesi pembelajaran.

Malah, kemudahan asas seperti jalan raya dan jambatan ke sekolah juga tidak dinaik taraf. Masalah sekolah telah menyebabkan KPM serta agensi kerajaan berkaitan terima pelbagai kritikan. Pelbagai pihak seperti Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), badan bukan kerajaan (NGO) serta pemimpin politik sering mengutarakan perkara ini sebelum ini.

Saranan kepada KPM supaya menetapkan satu tempoh yang jelas bagi memastikan setiap kerja baik pulih sekolah dapat dilaksana dan disiapkan mengikut jadual yang sepatutnya.

Bajet 2023 bakal menjadi titik permulaan bagi semua pelajar untuk duduk dan belajar di sekolah yang selamat dan selesa memandangkan negara telah mencapai usia 66 tahun kemerdekaan.

Ia juga selari dengan tujuh teras utama KPM dalam memperkasakan pendidikan negara dengan memberi tumpuan kepada pembangunan sekolah daif.

Malaysia perlu keluar dari kepompong sekolah daif sekiranya mahu melihat pelajar generasi seterusnya mendapat pendidikan yang setanding dengan negara maju. – Sinar

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *