UKBS 1984: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Selain pelan arkitek yang dikemukakan kepada PBT, pemohon juga perlu memgemukakan pelan struktur lengkap dengan butiran dan kiraannya.
Pelan struktur yang dikemukakan mesti mengandungi perakuan daripada orang yang berkelayakan yang perlu dihantar kepada PBT sebelum pembinaan dimulakan.
Selalunya, pelan struktur perlu dikemukakan bersama-sama pelan arkitek atau pelan bangunan semasa permohonan dibuat. Bagaimana pun, ia boleh dikemuakakan secara berasingan tetapi sebelum kerja-kerja binaan dimulakan bergantung kepada kehendak PBT masing-masing.
16. Butir-butir dan kiraan-kiraan pelan struktur.
(1) Satu salinan pelan-pelan struktur yang lengkap bagi bangunan yang dicadangkan itu bersama dengan satu salinan yang boleh dibaca mengenai kiraan-kiraan strukturnya hendaklah dikemukakan sebelum pembinan dimulakan.
(2) Pelan-pelan struktur yang lengkap hendaklah dibuat di atas linen dan tiap-tiap salinan hendaklah mengandungi perakuan yang dibuat oleh orang berkelayakan seperti dalam Borang A sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua Undang-Undang Kecil ini yang bermaksud bahawa butir-butir itu adalah mengikut Undang-Undang ini dan orang yang mengemukakannya bersetuju menerima tanggungjawab sepenuhnya.
(3) Semua pelan struktur hendaklah ditanda dengan terang untuk menunjukkan beban guna yang setiap sistem lantai atau setiap bahagian telah direkabentuk.
Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 [P.W. 5178/85] (Hingga 1HB November 2015), Bahagian II, Pengemukaan Pelan-Pelan Untuk Diluluskan, Perkara No.16, Butir-butir dan kiraan-kiraan pelan struktur. Muka Surat 26.
Nota:
- UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
- UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Imej by Freepik