UKBS 1984: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Selain mengemukakan projek bangunan baru, projek pindaan atau ubahsuai bangunan juga tertakluk kepada undang-udang yang mana pemohon perlu mengemukakan permohonan kepada pihak berkuasa tempatan untuk mendapatkan kelulusan. Contohnya membuat tambahan atau ubahsuai bilik atau dapur dan sebagainya.
Setiap permohonan perlu mengemukakan pelan yang menunjukkan dengan jelas bahagian yang terlibat dengan pengubahsuaian seperti membuat tanda garis putus atau garisan bertitik untuk bahagian yang hendak dimusnahkan. Manakala bahagian tambahan baru hendaklah ditanda dengan warna merah atau hitam.
Rujuk UBBL 1984 / UKBS 1984, Bahagian II, di bawah tajuk Pengemukaan Pelan-Pelan Untuk Diluluskan, Perkara No. 14, Pelan-Pelan Bagi Perubahan, adalah seperti berikut:-
14. Pelan-pelan bagi perubahan.
(1) Dalam pelan-pelan yang dikemukakan bagi membuat tambahan atau perubahan kepada sesuatu bangunan, termasuk memecah bahagi bilik-bilik, bahagian-bahagian bangunan itu, jika ada, yang hendak dimusnahkan hendaklah ditunjukkan dengan garisan bertitik dan kerja-kerja baharu hendaklah sama ada diwarnakan dengan warna merah atau hitam sepenuhnya.
(2) Semua parit air permukaan atau air kotor, tangga, tingkap dan pintu dan semua lubang cahaya dan pengudaraan bangunan itu yang sedia ada hendaklah ditunjukkan atas pelan-pelan tersebut.
Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 [P.W. 5178/85] (Hingga 1HB November 2015), Bahagian II, Pengemukaan Pelan-Pelan Untuk Diluluskan, Perkara No.14, Muka Surat 25.
Nota:
- UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
- UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Image by Freepik