UBBL 1984: Bahagian II – Pelan-Pelan Hendaklah Didepositkan Dalam 3 salinan

UKBS 1984: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Foto by DZ Creation Studio

Setiap permohonan pelan untuk kelulusan, perlu mengemukakan 3 salinan kepada PBT. Bagaimana pun, jumlah salinan pelan mungkin berbeza bergantung kepada pihak berkuasa tempatan. Kebiasaannya, 1 set yang telah diluluskan akan diserahkan semula kepada pihak pemohon. Manakala, set lain pula akan disimpan oleh pihak berkuasa tempatan. Dalam salah satu salinan pelan yang dikemukakan itu ialah satu set linen. Ada beberapa kawasan tidak memerlukan set linen.

Berdasarkan kepada UBBL 1984 / UKBS 1984, Bahagian II, di bawah tajuk Pengemukaan Pelan-Pelan Untuk Diluluskan, Perkara No. 8, Pelan-pelan hendaklah didepositkan dalam tiga salinan.

8. Pelan-pelan hendaklah didepositkan dalam tiga salinan.

(1) Semua pelan bangunan hendaklah didepositkan dalam tiga salinan atau dalam seberapa banyak salinan yang dikehendaki oleh pihak berkuasa tempatan.

(2) Satu set pelan-pelan itu hendaklah dibuat atas linen atau bahan lain yang tahan dipakai dan tahan lama dan set ini bersama dengan satu set lagi, hendaklah disimpan oleh pihak berkuasa tempatan dan set ketiga hendaklah dikembalikan setelah diluluskan.

(3) Jika pelan-pelan itu tidak diluluskan, satu set pelan-pelan itu hendaklah dikembalikan dengan suatu pernyataan menerangkan sebab-sebab ia tidak diluluskan.

(4) Tiada apa-apa pun dalam undang-undang kecil ini boleh melarang set tambahan pelan-pelan didepositkan jika difikirkan bahawa dengan berbuat demikian kerja pihak berkuasa tempatan boleh dipercepatkan.


Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 [P.W. 5178/85] (Hingga 1HB November 2015), Bahagian II, Pengemukaan Pelan-Pelan Untuk Diluluskan, Perkara No.8, Muka Surat 22.

Nota:

  • UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
  • UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Imej via Freepik

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *