UKBS 1984: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Setiap pelan cadangan pembangunan yang dikemukakan untuk mendapatkan kelulusan daripada PBT hendaklah ditandatangan oleh pihak yang bertauliah seperti Arkitek atau Pelukis Pelan Berdaftar. Ia termasuk tandatangan tuan tanah, pemilik bersama, pemaju atau yang seumpama dengannya dengan lengkap.
Menandatangan di atas pelan-pelan yang ingin dikemukakan kepada PBT adalah wajib sebagai menunjukkan bahawa pemohon adalah bersetuju dan mengakui segala yang terkandung di dalam pelan.
Merujuk kepada UBBL 1984 / UKBS 1984, Bahagian II, di bawah tajuk Pengemukaan Pelan-Pelan Untuk Diluluskan, Perkara No.6, Pelan-pelan hendaklah ditandatangani adalah seperti berikut:-
6. Pelan-pelan hendaklah ditandatangani.
(1) Semua pelan yang dikemukakan hendaklah ditandatangai oleh orang yang berkelayakan dan oleh pemunya atau ejennya dan hendaklah mengandungi alamat penuh pemunya itu.
(2) Pihak nerkuasa tempatan, jika berpuashati bahawa pemunya premis itu telah enggan atau tidak melaksanakan apa-apa kerja yang dikehendaki supaya dilaksanakan olehnya di bawah Akta, mengarah pemunya premis tersebut secara bertulis melaksanakan apa-apa kerja yang berkenaan.
Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 [P.W. 5178/85] (Hingga 1HB November 2015), Bahagian II, Pengemukaan Pelan-Pelan Untuk Diluluskan, Perkara No.6, Muka Surat 21.
Nota:
- UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
- UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
- Imej via Freepik