UKBS 1984: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Merujuk kepada UKBS 1984 / UBBL 1984, perkara No.5, Pengawasan kerja pada Bahagian II, di bawah tajuk Pengemukaan Pelan-Pelan Untuk Diluluskan adalah antara dokumen yang perlu disertakan bagi pihak yang berkelayakan. Ia mengandungi perakuan oleh orang yang berkelayakan terhadap tapak dan mengawasi sepanjang proses pembinaan.
Berikut perkara yang berkaitan seperti di atas:-
5. Pengawasan kerja.
Jika di bawah Undang-Undang Kecil ini sesuatu pelan, lukisan atau kiraan berhubungan dengan sesuatu bangunan dikehendaki supaya dikemukakan oleh orang yang berkelayakan, tiada apa-apa pembinaan atau pembinaan lanjut bangunan itu boleh dijalankan melainkan orang berkelayakan itu atau mana-mana orang yang diberi kuasa olehnya dengan wajar mengakujanji untuk mengawasi pembinaan dan pemancangan tanda, mengikut mana berkenaan, bangunan itu.
Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 [P.W. 5178/85] (Hingga 1HB November 2015), Bahagian II, Pengemukaan Pelan-Pelan Untuk Diluluskan, Perkara No.5, Muka Surat 21.
Nota:
- UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
- UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
- Image by pressfoto on Freepik