UKBS 1984: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Pelan-pelan yang hendak dikemukakan untuk kelulusan mestilah memenuhi kehendak-kehendak yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT). Antara kehendak lain yang perlu dipatuhi ialah, menyediakan pelan-pelan cadangan pembangunan mengikut sekala lukisan yang telah ditetapkan. Sekala yang betul hendaklah ditunjukkan di setiap helaian pelan dan setiap lukisan termasuk pelan kunci, pelan lokasi dan pelan tapak.
Merujuk kepada UBBL 1984 / UKBS 1984, Bahagian II, di bawah tajuk Pengemukaan Pelan-Pelan Untuk Diluluskan, Perkara No. 9, Skel pelan.
9. Skel pelan.
(1) Semua pelan hendaklah dilukiskan mengikut skel-skel berikut:
(a) pelan tapak : tidak kurang daripada 1 = 1000
(b) pelan-pelan punca atau tempat (key or location plan) : apa-apa skel yang sesuai
(c) semua pelan bangunan am yang lain : tidak kurang daripada 1 = 100 kecuali dalam hal-hal tertentu di mana saiz bangunan itu menyebabkan lukisan mengikut skel ini tidak praktik dimuatkan dalam had saiz kertas itu atau apabila ukuran lukisan itu tidak sesuai, pihak berkuasa tempatan boleh menggunakan budi bicaranya untuk membenarkan pelan-pelan itu dikemukakan engikut skel-skel yang lebih kecil tetapi bagaimanapun skel itu tidak boleh kurang daripada 1 = 200.
(d) pelan lakar (sketch plan) untuk diluluskan pada dasarnya. : tidak kurang daripada 1 = 200
(2) Walau apa pun peruntukan perenggan (1), semua pelan boleh dilukis dalam Sistem Unit Antarabangsa.
Maksud tidak kurang ialah saiz lukisan yang ditunjukkan di dalam pelan tidak kecil daripada sekala yang disarankan supaya ia dapat dibaca dan dilihat dengan jelas. Contoh, 1 = 1000 lebih besar daripada 1 = 2000 dan 1=200 lebih kecil daripada 1=100.
Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 [P.W. 5178/85] (Hingga 1HB November 2015), Bahagian II, Pengemukaan Pelan-Pelan Untuk Diluluskan, Perkara No.9, Skel pelan. Muka Surat 22.
Nota:
- UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
- UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Imej via Freepik