Foster + Partners Mendedahkan Projek Baru Larnaca Seafront di Cyprus

Foster + Partners bersama dengan Kumpulan Petrolina, telah mendedahkan rekabentuk pelan induk (master plan) baru untuk mengubah pinggir laut Larnaca, Cyprus, menjadi kawasan lestari dan menyeronokkan.

IMEJ VIA ARCHDAILY

Rekabentuk itu bertujuan untuk menjadikan bandar peranginan itu lebih mesra pejalan kaki sambil menikmati keindahan laut. Cadangan Foster bertujuan untuk meningkatkan nilai ekologi tanah dan melipatgandakan panjang kawasan tepi pantai yang boleh diakses oleh orang ramai.

Pembangunan baru ini selaras dengan struktur bandar yang sedia ada, dalam masa yang sama berusaha menjadi pemangkin untuk pembangunan bandar ke utara. Pelbagai elemen pelan induk akan disambung melalui jalan yang dibarisi pokok dan plaza berlandskap. Saluran air sedia ada di bandar itu akan dijadikan semula sebagai habitat hidupan liar tempatan dan menyediakan lebih banyak kawasan hijau ke arah pantai. Lebuh raya sedia ada iaitu Larnaca-Dhekelia Road pula akan diubah supaya menjadi lebih mesra pejalan kaki, dilengkapi dengan ruang khas dan penambahan beberapa kemudahan baru.

IMEJ VIA ARCHDAILY

Pembangunan baru itu dicadangkan di antara zon ekologi yang menghubungkan kawasan pedalaman dengan garis pantai. Bahagian baru bandar ini akan dibangunkan dengan bangunan bertingkat rendah yang disesuaikan dengan skala manusia, sebagai salah satu cara untuk mencipta lanjutan semula jadi daripada jaringan bandar yang sedia ada. Warisan perindustrian bandar juga turut diambil kira kerana artifak perindustrian akan disimpan dan digunakan semula untuk mengaktifkan alam bandar.

IMEJ VIA ARCHDAILY

Foster + Partners juga mewngadakan kerjasama dengan pihak berkuasa tempatan untuk membangunkan strategi mobiliti yang lebih besar bagi menghubungkan kawasan pelan induk dengan seluruh bandar dan kawasan yang lebih luas.

Menurut Ben Scott, Foster + Partners bahawa pelan induk itu mengekalkan dan meningkatkan ciri-ciri bandar di samping mencipta wawasan baru yang mengujakan untuk masa depannya. Pendekatannya telah dibangunkan melalui rundingan dengan pihak berkuasa tempatan, berdasarkan inisiatif penting pihak berkuasa tempatan yang mendorong pertumbuhan bandar lestari dan holistik.

Foster + Partners juga merupakan Penasihat Seni Bina untuk pembangunan The Global City di Ho Chi Minh City, Vietnam. Satu lagi pelan induk yang dibangunkan oleh Foster + Partners ialah the Dogpatch mixed-use waterfront development di San Francisco.

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *