Kongres Arkitek Dunia UIA 2023 Copenhagen Untuk Agenda 2030 : Matlamat Pembangunan Lestari PBB

UIA World Congress of Architects atau Kongres Arkitek Sedunia UIA ialah satu program yang menghimpunkan arkitek dari seluruh dunia untuk berbicara perkara yang berkaitan dengan senibina di peringkat antarabangsa.

17 Matlamat Pembangunan Lestari PBB

UIA World Congress of Architects dianjurkan setiap tiga tahun yang mana kongres pada tahun 2023 ini akan berlangsung di Copenhagen, Denmark pada 2 hingga 6 Julai 2023. Kongres pada kali ini ialah untuk meneroka dan menyampaikan bagaimana senibina dapat mempengaruhi 17 Matlamat Pembangunan Lestari PBB atau 17 UN Sustainable Development Goals (SDGs) yang dikemukakan dalam Perhimpunan Agung PBB pada tahun 2015 bagi mencapai Agenda 2030 sebagai agenda demi pembangunan dan kemaslahatan manusia dan bumi.

Copenhagen Imej Via Freepik

Tema “Sustainable Futures – Leave No One Behind”

Science Track of the UIA World Congress telah ditugaskan untuk pembangunan agenda tersebut iaitu Sustainable Futures – Leave No One Behind. Selepas lebih 2 tahun analisa dibuat, akhirnya satu rumusan berjaya digubalkan. Ada 6 tema yang dikemukakan iaitu Penyesuaian iklim, Sumber Pemikiran Semula, Komuniti Berdaya Tahan, Kesihatan, Keterangkuman dan Perkongsian Untuk Perubahan.

Walaupun 17 Matlamat Pembangunan Lestari PBB hanya menyentuh senibina pada Matlamat yang ke-11 iaitu Bandar dan Komuniti Lestari, bagaimana pun, senibina dan persekitaran binaan itu sendiri boleh memberi kesan secara menyeluruh.

IMEJ VIA ARCHDAILY

Meneroka Prinsip Yang lebik Holistik

Agenda Kongres Arkitek Sedunia UIA 2023 ini adalah bertujuan untuk meneroka prinsip ini dengan cara yang lebih holistik. Tema yang dipilih telah menghasilkan enam panel tematik dan setiap satunya terdapat subpanel yang mengkaji pelbagai cara bagaimana senibina boleh membentuk masyarakat dan potensinya untuk membantu mencipta masa depan yang lebih mampan, saksama dan inklusif.

Women’s Opportunity Center, Rwanda. IMEJ VIA ARCHDAILY

Science Track dan Science Committee telah dibentuk untuk meneroka secara mendalam tentang subjek ini. Science Track juga telah memulakan kertas kerjanya, yang mana sebanyak 295 orang pengarang telah dijemput untuk membentangkan kertas kerja tersebut di Kongres Dunia UIA, Copenhagen.

Perlantikan Jawatankuasa

Pada tahun 2020, Jawatankuasa Saintifik atau Science Committee antarabangsa yang terdiri daripada penyelidik dan pengamal terkemuka telah dilantik untuk mengetuai UIA World Congress of Architects 2023 Science Track. Jawatankuasa Saintifik itu terdiri daripada 12 Panel Pengerusi dan 4 Penasihat Khas yang diketuai oleh profesor, Mette Ramsgaard Thomsen dan professor madya, Martin Tamke. Tugas utama jawatankuasa ini ialah untuk mengenal pasti dan merumuskan kesemua 6 tema panel yang mencerminkan 17 Matlamat Pembangunan Lestari PBB.

Farming Kindergarten, Vietnam. IMEJ VIA ARCHDAILY

Menurut Mette Ramsgaard Thomsen, Agenda 2030 hanya berbaki 7 tahun saja lagi. Oleh itu, katanya, tindakan mesti dilakukan sekarang untuk mencapai matlamat tersebut dengan melakukan penyelidikan dan pertukaran idea baru yang diperlukan untuk senibina demi memastikan tiada siapa yang akan ketinggalan.

Semua sesi Science Track akan diadakan di Bella Center, Copenhagen yang akan berlangsung pada 3 hingga 5 Julai 2023. Kongres itu juga telah mengumumkan penceramah kongres itu antaranya, Bjarke Ingels, Francis Kéré, Chris Downey, Chimamanda Ngozi Adichie, dan Ursula von der Leyen.


* Sekiranya terdapat pembetulan/pindaan/tambahan pada artikel di atas, boleh maklumkan kepada kami

** Imej Bella Center via Google View

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *