UKBS 1984: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Bahan-bahan binaan tidak dibenarkan diletakkan di atas jalan melainkan mendapat kebenaran atau permit daripada pihak berkuasa tempatan (PBT). Barang-barang binaan itu hendaklah dipagar atau ditutup dengan kemas dan selamat serta tidak mengelirukan atau menganggu orang yang melalui jalan tersebut terutamanya pada waktu malam.
Merujuk kepada UBBL 1984 / UKBS 1984, Bahagian II, di bawah tajuk Pengemukaan Pelan-Pelan Untuk Diluluskan, Perkara No. 21, Bahan-bahan tidak boleh didepositkan di atas jalan tanpa kebenaran.
21. Bahan-bahan tidak boleh didepositkan di atas jalan tanpa kebenaran.
(1) Tiada seorang pun boleh mendepositkan apa-apa bahan bangunan di atas sesuatu jalan tanpa suatu permit sementara yang dikeluarkan di bawah undang-undang kecil 19.
(2) Fee bagi permit itu adalah seperti yang ditetapkan dalam Jadual Pertama Undang-Undang Kecil ini.
(3) Orang yang dikeluarkan permit itu hendaklah dengan perbelanjaannya sendiri menyebabkan bahan-bahan itu dipagar atau dikepung dengan secukupnya sehingga bahan-bahan itu dipindahkan atau selainnya dijamin selamat dengan memuaskan hati pihak berkuasa tempatan.
(4) Bahan-bahan itu hendaklah diterangi dengan sesuainya pada waktu gelap dan seorang jaga hendaklah digunakhidmat untuk mempastikan bahawa kerja itu dilakukan.
Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 [P.W. 5178/85] (Hingga 1HB November 2015), Bahagian II, Pengemukaan Pelan-Pelan Untuk Diluluskan, Perkara No. 21, Bahan-bahan tidak boleh didepositkan di atas jalan tanpa kebenaran. Muka Surat 27-28.
Nota:
- UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
- UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Image by gstudioimagen on Freepik