UKBS 1984: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Kerja Pengorekan Asas Tapak
Kerja pengorekan asas tapak ialah proses kerja-kerja yang dilakukan untuk memastikan keadaan lapisan tanah yang akan menjadi dasar atau asas bangunan itu kuat dan stabil serta sesuai untuk kerja-kerja pembinaan. Keadaan tanah yang kuat dan stabil adalah penting untuk supaya ia dapat menyokong struktur bangunan dengan baik.
Kerja-kerja pengorekan asas tapak termasuk menentukan kedalaman, menguatkan dan memperbaiki lapisan tanah.
Memaklumkan Kerja Pengorekan Selesai
Apabila kerja-kerja pengorekan asas tapak selesai, orang yang berkelayakan hendaklah memaklumkan kepada pihak berkuasa tempatan (PBT) melalui Borang D dengan memperakui bahawa keadaan tanah adalah baik dan stabil.
Berdasarkan kepada UBBL 1984 / UKBS 1984, Bahagian II, di bawah tajuk Pengemukaan Pelan-Pelan Untuk Diluluskan, Perkara No. 24, Notis siapnya korekan asas tapak.
24. Notis siapnya korekan bagi asas tapak.
Sebaik sahaja selepas pengorekan bagi asas tapak sesuatu bangunan itu disiapkan, orang berkelayakan itu hendaklah memberi notis bertulis kepada pihak berkuasa tempatan dalam Borang D sebagaimana dinyatakan dalam Jadual Kedua Undang-Undang Kecil ini memberitahunya mengenai hal itu dan memperakui bahawa jenis keadaan tanah yang didedahkan oleh korekan-korekan itu adalah jenis konsisten dengan kehendak-kehendak rekabentuk dan mematuhi Undang-Undang Kecil ini.
Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 [P.W. 5178/85] (Hingga 1HB November 2015), Bahagian II, Pengemukaan Pelan-Pelan Untuk Diluluskan, Perkara No. 24, Notis siapnya korekan bagi asas tapak. Muka Surat 28-29.
Nota:
- UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
- UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Image by Freepik