UBBL 1984: Bahagian II – Papan Dinding Iklan

UKBS 1984: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Foto – DZ Creation Studio

Perkara yang berkaitan dengan permit papan iklan / billboard dan yang seumpama dengannya

Pemberian permit bukan sahaja boleh diberikan kepada binaan bangunan, tetapi termasuk juga papan dinding iklan atau dipanggil billboard. Papan iklan berstruktur yang bertujuan untuk memaparkan iklan mesti mengikut syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sama seperti bangunan, pendirian papan dinding iklan juga perlu mengemukakan pelan lakar kepada PBT yang diperakui oleh pemohon bahawa struktur papan dinding iklan itu selamat dan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap binaan tersebut.

Berkenaan dengan syarat mendapatkan permit PBT, perlu rujuk dengan PBT untuk syarat-syarat atau kehendak-kehendak yang ditetapkan.

Merujuk kepada UBBL 1984 / UKBS 1984, Bahagian II, di bawah tajuk Pengemukaan Pelan-Pelan Untuk Diluluskan, Perkara No. 20, Papan dinding iklan.

20. Papan dinding iklan.

(1) Pembinaan papan-papan dinding atau sesuatu kerangka bagi mempamerkan iklan atau papan tanda hendaklah tertakluk kepada suatu permit sementara tahunan yang dikeluarkan mengikut budibicara pihak berkuasa tempatan dan tertakluk kepada apa-apa syarat yang dikenakan olehnya.

(2) Pelan-pelan atau pelan-pelan lakar bagi papan dinding atau kerangka itu hendaklah dikemukakan mengikut kehendak-kehendak pihak berkuasa tempatan.

(3) Pelan-pelan itu hendaklah diperakui oleh orang yang mengemukakannya yang bermaksud bahawa papan dinding yang dicadangkan itu boleh disangga dengan selamat oleh struktur yang di atasnya papan dinding itu akan dibina dan dia bersetuju menerima tanggungjawab sepenuhnya.


Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 [P.W. 5178/85] (Hingga 1HB November 2015), Bahagian II, Pengemukaan Pelan-Pelan Untuk Diluluskan, Perkara No. 20, Papan dinding iklan. Muka Surat 27.

Nota:

  • UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
  • UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Image by Freepik

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *