UKBS 1984: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
PBT atau pihak berkuasa tempatan mempunyai kuasa untuk memberikan permit sementara kepada beberapa keadaan untuk tujuan-tujuan tertentu. Ia termasuklah pendirian struktur tidak kekal seperti bangsal, pelantar yang bertujuan untuk melakukan kerja, pertunjukan atau acara, bahan binaan dan sebagainya.
Begitu juga dengan pendirian bangunan di mana PBT juga berhak memberikan permit sementara asalkan cadangan pendirian bangunan sementara itu tidak bercanggah dengan Undang-Undang Kecil.
Walaubagaimana pun, sebelum permit sementara dikeluarkan, pelan lakar mesti dikemukakan dengan mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan.
Merujuk kepada UBBL 1984 / UKBS 1984, Bahagian II, di bawah tajuk Pengemukaan Pelan-Pelan Untuk Diluluskan, Perkara No. 19, Permit sementara.
19. Permit sementara.
(1) Suatu permit sementara bagi suatu tempoh terhad boleh dikeluarkan oleh pihak berkuasa tempatan bagi maksud-maksud berikut:
(a) mendirikan bangsal bagi pertunjukan-pertunjukan atau tempat sembahyang;
(b) mendirikan bangsal kerja bagi pembina-pembina atau suatu stor atau bangsal lain yang henddak digunakan berhubungan dengan kerja-kerja bangunan;
(c) mendepositkan bahan-bahan binaan atas jalan-jalan;
(d) mendirikan peranca (scaffolding) atas sesuatu jalan;
(e) mendirikan pelantar kerja, kerja kerangka, pelantar atau apa-apa jenis superstruktur di atas bumbung yang bersempadan engan jalan; dan
(f) mendirikan papan dinding atas jalan-jalan mengikut undang-undang kecil 20.
(2) Suatu permiy sementara boleh dikeluarkan mengikut buibicara pihak berkuasa tempatan bagi mendirikan sesuatu bangunan sementara dan hendaklah tertakluk kepada kesemua atau sebahagian daripada syarat-syarat yang dinyatakan dalam Jadual Pertama Undang-Undang Kecil ini.
(3) Pelan-pelan atau pelan-pelan lakar yang mengikut kehendak-kehendak pihak berkuasa tempatan hendaklah dikemukakan bagi mendapatkan permit sementara di bawah undang-undang kecil ini.
Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 [P.W. 5178/85] (Hingga 1HB November 2015), Bahagian II, Pengemukaan Pelan-Pelan Untuk Diluluskan, Perkara No. 19, Permit sementara. Muka Surat 26-27.
Nota:
- UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
- UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Image by Freepik