UKBS 1984 : Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Bahagian III

Akses Daripada Jalan
Jika sesuatu bangunan ingin didirikan di atas tapak itu tidak menghadap jalan, maka laluan masuk atau akses ke bangunan tersebut mesti disediakan melalui jalan raya atau jalan utama yang paling dekat.
Laluan masuk itu mesti mengikut syarat yang ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) berdasarkan pelan susun atur yang telah diluluskan termasuk jenis dan kelebaran jalan untuk memudahkan akses ke bangunan tersebut dan selamat digunakan.
Sekiranya laluan masuk itu perlu melalui tanah lain, perlu dapatkan persetujuan daripada tuan tanah tersebut sebelum laluan masuk itu dibuat.
Merujuk kepada UBBL 1984 / UKBS 1984, Bahagian III, di bawah tajuk Ruang Kawasan, Cahaya dan Pengudaraan, Undang-Undang Kecil No. 35, Akses daripada jalan.
35. Akses daripada jalan
Tiap-tiap bangunan yang hendak didirikan atas suatu tapak yang tidak berhadapan dengan jalan hendaklah mempunyai akses daripada jalan dan cara, jenis dan luasnya akses itu hendaklah mengikut pelan susunatur yang diluluskan oleh pihak berkuasa perancangan atau pihak berkuasa tempatan yang kompeten.
Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (2022), Bahagian III, Ruang Kawasan, Cahaya dan Pengudaraan, Undang-Undang Kecil No. 35, Akses daripada jalan.
Nota:
- UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
- UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Imej via Freepik
* Sekiranya terdapat pembetulan/tambahan/pindaan terhadap tajuk ini, anda boleh terus memaklumkan kepada kami