UKBS 1984 : Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Kawasan lapang bagi bangunan yang mempunyai jalan hadapan tetapi tiada lorong belakang maka, kawasan lapang yang perlu disediakan ialah di bahagian belakang bangunan tersebut. Ia hendaklah mempunyai keluasan selebar lot bangunan itu.
Tujuan kawasan lapang adalah untuk menyediakan ruang yang mencukupi kepada penghuni sebagai ruang pelbagai aktiviti, tempat letak kenderaan, tempat berjalan, taman permainan dan sebagainya. Kawasan lapang yang mencukupi adalah untuk memastikan keselesaan, keselamatan, dan kesejahteraan penghuni bangunan.
Berdasarkan kepada UBBL 1984, Bahagian III, di bawah tajuk Ruang Kawasan, Cahaya dan Pengudaraan, Undang-Undang Kecil 32, Kawasan sekeliling bangunan di atas lot yang bersempadanan dengan jalan dan tidak mempunyai lorong belakang.
33. Kawasan sekeliling bangunan di atas lot yang bersempadanan dengan jalan dan tidak mempunyai lorong belakang
Bagi bangunan atas lot yang bersempadanan dengan sesuatu jalan dan tidak mempunyai lorong belakang, kawasan lapang hendaklah ditempatkan di bahagian belakang bangunan itu dan hendaklah meluas sepanjang lebar lot.
Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 , Bahagian III, Ruang Kawasan, Cahaya dan Pengudaraan, Undang-Undang Kecil 33, Kawasan sekeliling bangunan di atas lot yang bersempadanan dengan jalan dan tidak mempunyai lorong belakang. Muka Surat 33.
Nota:
- UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
- UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Imej via Freepik