UBBL 1984: Bahagian III – Ruang terbuka tidak boleh diubah atau berbumbung

UKBS 1984: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Bahagian III : Ruang Kawasan, Cahaya dan Pengudaraan

Foto – DZ Creation Studio

Ruang terbuka yang diperuntukkan itu tidak boleh diubahsuai termasuk memasang bumbung kecuali mendapat kebenaran daripada PBT. Jika berlaku ubahsuai, maka PBT berhak untuk meroboh mana-mana bahagian yang telah memasuki ruang terbuka.

Merujuk kepada UBBL 1984 / UKBS 1984, Bahagian III, di bawah tajuk Ruang Kawasan, Cahaya dan Pengudaraan, Perkara No. 31, Ruang terbuka tidak boleh diubah atau berbumbung

31. Ruang terbuka tidak boleh diubah atau berbumbung.

(1) Apabila sesuatu ruang terbuka telah diperuntukkan berhubungan dengan sesuatu bangunan menurut Undang-Undang Kecil ini, tiada seorang pun, tanpa kebenaran bertulis daripada pihak berkuasa tempatan boleh-

(a) membuat atau menyenggara atau membenarkan dibuat atau disenggara apa-apa perubahan dalam ruang terbuka itu; atau

(b) membina atau menyenggara atau membenarkan dibina atau disenggara suatu bumbung atas mana-mana bahagiannya yang akan mengurangkan kawasan ruang buka itu;

Dengan syarat bahawa pihak berkuasa tempatan mengikut budi bicaranya boleh memberi kebenaran itu jika berpuas hati bahawa pengedaran udara secara bebas tidak terhindar atau terhalang.

(2) Pihak berkuasa tempatan boleh dengan notis secara bertulis menghendaki pemunya atau mana-mana orang yang bertindak berlawanan dengan Bahagian ini supaya merobohkan apa-apa perubahan atau bumbung atau selainnya membuat apa-apa kerja yang akan memulihkan ruang terbuka itu.


Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 [P.W. 5178/85] (Hingga 1HB November 2015), Bahagian III, Ruang Kawasan, Cahaya dan Pengudaraan, Perkara No. 31, Ruang terbuka tidak boleh diubah atau berbumbung. Muka Surat 32.

Nota:

  • UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
  • UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Imej via Freepik

* Sekiranya terdapat pembetulan/tambahan/pindaan terhadap tajuk ini, anda boleh terus memaklumkan kepada kami

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *