UKBS 1984 – Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Ukuran ketinggian bagi bilik-bilik dalam bangunan lain adalah seperti yang dinayatakan di bawah berdasarkan kepada UBBL 1984 / UKBS 1984, Bahagian III, di bawah tajuk Ruang Kawasan, Cahaya dan Pengudaraan, Undang-Undang Kecil No. 46, Tinggi bilik-bilik dalam bangunan-bangunan lain.
46. Tinggi bilik-bilik dalam bangunan-bangunan lain.
(1) Bagi bangunan-bangunan selain daripada yang dinyatakan dalam peruntukan-peruntukan undang-undang kecil 44 dan 45 sebelum ini tinggi bilik-bilik di tingkat bawah hendaklah tidak kurang daripada 3 meter dan di sesuatu tingkat di atas tingkat bawah itu hendaklah tidak kurang daripada 2.75 meter.
(2) Tinggi sesuatu tingkat bawah tanah hendaklah tidak kurang daripada 2.5 meter.
(3) Jika sebahagian besar daripada tingkat bawah itu dibiarkan terbuka untuk digunakan sebagai tempat letak kereta atau taman bertutup atau untuk maksud yang serupa, tinggi tingkat bawah itu hendaklah tidak kurang daripada 2.5 meter.
(4) Ruang atas minimum bagi sesuatu bilik kediaman atau ruang di dalam sesuatu bangunan adalah 2 meter.
(5) Tinggi sesuatu jalan kaki lima hendaklah tidak kurang daripada 3 meter.
Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (2022), Bahagian III, Ruang Kawasan, Cahaya dan Pengudaraan, Undang-Undang Kecil No. 46, Tinggi bilik-bilik dalam bangunan-bangunan lain.
Nota:
- UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
- UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Imej via Freepik