UKBS 1984 – Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Berikut merupakan perkara yang berkaitan dengan ketinggian bilik yang menjadi tempat tumpuan orang awam.
45. Tinggi bilik-bilik di tempat tumpuan awam.
(1) Tinggi bilik-bilik, selain daripada jamban pam, tandas, bilik simpan pakaian, koridor dan bilik-bilik yang orang awam tidak mempunyai akses di tempat tumpuan awam hendaklah tidak kurang daripada 3.5 meter. Jika sesuatu langkan diadakan di tempat tumpuan awam, tinggi di antara paras tingkat tertinggi langkan itu dengan siling di atas tingkat tertinggi itu, dan di antara lantai yang berada sebaik sahaja di bawah langkan itu dengan sebelah bawah langkan itu, hendaklah tidak kurang daripada 3 meter dalam setiap keadaan.
(2) Di tempat-tempat tumpuan awam, peruntukan-peruntukan perenggan (1) undang-undang kecil 46 adalah terpakai bagi jamban pam, tandas, bilik simpan pakaian, koridor dan bilik yang orang awam tidak mempunyai akses.
Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (2022), Bahagian III, Ruang Kawasan, Cahaya dan Pengudaraan, Undang-Undang Kecil No. 45, Tinggi bilik-bilik di tempat tumpuan awam.
Nota:
- UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
- UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
- Langkan : Balkoni, serambi, beranda
Imej via Freepik