UBBL 1984 : Bahagian III – Ukuran Bilik Air Menurut UBBL 1984

UKBS 1984 : Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Foto – DZ Creation Studio

Ukuran Bilik Air dan Menurut UBBL 1984

Apabila merekabentuk ruang bilik air sama ada di bangunan atau di tempat yang boleh digunakan oleh orang awam, perlu mengikut saiz atau ukuran minimum yang telah ditetapkan seperti mana yang dinyatakan di dalam UBBL 1984, Bahagian III, Undang-Undang Kecil 42.

Untuk Keselesaan

Walaupun bilik air itu adalah ruang untuk membersih dan membuang kotoran, tetapi adalah menjadi tanggungjawab kepada kita untuk memastikan rekabentuk ruang bilik air itu dapat disediakan dengan baik dan selesa. Apabila rekabentuk bilik air itu berada dalam keadaan yang selesa maka, aktiviti pembersihan dan pembuangan kotoran dapat dilakukan dengan sempurna.

IMEJ VIA WIRESTOCK FREEPIK

Susun Atur Perlu Diambil Kira

Dalam pada itu, susun atur bilik air juga hendaklah diambil perhatian supaya tidak mengganggu pergerakan di dalam tandas. Contohnya, kedudukan sink, pancuran air mandi (shower) dan paip hendaklah disusun dengan betul serta paras yang bersesuaian supaya ia mudah dicapai dan mudah digunakan.

Ukuran Minimum Tandas

Berikut adalah saiz yang perlu dipatuhi apabila merekabentuk ruang bilik air. Untuk tandas duduk yang berasingan dengan bilik mandian, saiz ruang yang diperlukan mestilah tidak kurang daripada 1.5 meter panjang dan 0.75 meter lebar. Begitu juga dengan tandas cangkung atau yang bukan jenis duduk, hendaklah mempunyai ukuran minimum 1.25 meter panjang dan 0.75 meter lebar.

Ukuran Minimum Bilik Mandian

Bilik mandian yang berasingan dengan tandas (duduk atau cangkung) pula perlu mematuhi saiz minimum iaitu 1.5 meter persegi dengan ukuran lebar minimum 0.75 meter. Atau pengiraan minimum adalah seperti berikut, 0.75 meter x 2 meter = 1.5 meter persegi.

IMEJ VIA dit26978 FREEPIK

Ukuran Minimum Bilik Mandian Bercampur Dengan Tandas

Bagi bilik mandian yang bercampur dengan tandas (duduk atau cangkung) hendaklah memenuhi syarat minimum sekurang-kurangnya 2 meter persegi dengan kelebaran tidak kurang dari 0.75 meter. Atau, 0.75 m x 2.666 m = 2 meter persegi. Lebih digalakkan.

43. Dimensi minimum tandas, jamban pam dan bilik mandi.

Dalam semua bangunan saiz tandas, jamban pam dan bilik mandi hendaklah—

(a) bagi tandas atau jamban pam, dengan pasangan jamban duduk, tidak kurang daripada 1.5 meter kali 0.75 meter;

(b) bagi jamban pam dengan pasangan selain daripada pasangan jamban duduk, tidak kurang daripada 1.25 meter kali 0.75 meter;

(c) bagi bilik mandi, tidak kurang daripada 1.5 meter persegi dengan lebarnya tidak kurang daripada 0.75 meter; dan

(d) bagi bilik mandi dengan pasangan jamban, tidak kurang daripada 2 meter persegi dengan lebarnya tidak kurang daripada 0.75 meter.


Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (2022), Bahagian III, Ruang Kawasan, Cahaya dan Pengudaraan, Undang-Undang Kecil No. 43. Dimensi minimum tandas, jamban pam dan bilik mandi.

Nota:

  • UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
  • UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *