Pulau Pinang memberitahu pembatalan Pulau B dalam Projek Pulau Selatan Pulau Pinang (PSI) seperti yang telah diarahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 6 Mei lalu.
Selain Pulau B, keluasan Pulau A yang dinamakan sebagai ‘Silicon Island’ turut dikecilkan iaitu daripada 1,821 hektar kepada 930.8 hektar, kata Ketua Menteri, Chow Kon Yeow.
Menurutnya, pengurangan itu melibatkan 49 peratus daripada keseluruhan tiga pulau kepada satu buah pulau sahaja. Selain itu, Pulau C yang berkeluasan 323.7 hektar juga akan dibatalkan.
Kata beliau lagi, ‘Silicon Island’ akan kekal sebagai tapak depoh bagi Transit Aliran Ringan (LRT) dengan keluasan 24.3 hektar.