Dalam dunia rekabentuk rumah, rekabentuk merupakan aspek penting yang mempunyai daya tarikan yang berbeza-beza, sesuai dengan keutamaan dan citarasa individu. Rekabentuk yang menarik selalunya menjadi sumber inspirasi bagi mereka yang ingin memiliki rumah impian yang unik. Salah satu projek rekabentuk daripada ZIZI + EUDA STUDIO ialah LANA HOUSE.

Rekabentuk Bumbung LANA HOUSE.
LANA HOUSE merupakan salah satu siri rekabentuk TWO STOREY HOUSE yang telah kami perkenalkan sebelum ini. Namun, terdapat perbezaan utama antara LANA HOUSE dan TWO STOREY HOUSE iaitu pada segi rekabentuk bumbung. TWO STOREY HOUSE mempunyai kecondongan bumbung ke hadapan, manakala LANA HOUSE pula menggunakan rekabentuk bumbung “pitched roof” yang memberikan sentuhan klasik dan elegan pada rekabentuknya. Walaupun perbezaan itu hanya pada bahagian bumbung, tetapi ia jelas menampakkan perbezaan kepada keseluruhan bangunan dengan rekabentuk yang sebelumnya.
Ruang
Rumah LANA HOUSE direka dengan menyediakan 4 bilik tidur dan 4 bilik air, lengkap dengan ruang tamu, ruang makan, dan ruang dapur. Dengan susun atur ruang yang menagmbil kira soal privasi maka, ruang bagi rekabentuk rumah ini di bahagikan kepada 3 zon. Iaitu zon privasi, zon semi-privasi dan zon publik. Ini adalah supaya setiap penghuni rumah dapat merasakan suasana yang selesa dan harmoni di setiap sudut rumah.
Zon privasi ialah di tingkat atas yang mengandungi bilik tidur utama, bilik tidur2 dan 3. Manakala di tingkat bawah ialah ruang tamu sebagai zon publik, ruang makan dan ruang dapur sebagai zon semi privasi.

Keluasan Rumah
LANA HOUSE memiliki keluasan sekitar 2500 kaki persegi (kps). Dengan luas tersebut, rumah ini memberikan ruang yang cukup bagi keluarga untuk berkumpul dan menjalani kehidupan sehari-hari dengan nyaman. Keunggulan luas ini membenarkan penghuni untuk mengatur perabot serta gaya hidup mereka dengan mengikut zon yang telah dibahagikan tadi.

Tempat Letak Kereta
Dalam rekabentuk rumah, satu fasiliti penting adalah tempat letak kereta sama seperti rekabentuk TWO STOREY HOUSE sebelum ini, di mana tempat letak kereta direka untuk memuatkan 2 buah kenderaan.
Tempat letak kereta ini mempunyai lebar yang sepadan dengan lebar rumah dan panjangnya meliputi keseluruhan kenderaan. Dengan adanya tempat letak kereta ini, penghuni dapat dengan mudah meletakkan dan melindungi kenderaan mereka dengan selamat.
- LANA HOUSE
- Jurureka: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ Creation
- Keluasan: 2500 kps
- Tahun: 2023
- Imej render: ZIZI + EUDA STUDIO / DZ Creation Studio
- Negeri: Kelantan
* Rekabentuk rumah ini disediakan oleh ZIZI+EUDA STUDIO / DZ CREATION. Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui pautan di sini