UBBL 1984 : Bahagian III – Unjuran di atas jalan kaki lima

UKBS 1984 – Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Foto – DZ Creation Studio

Binaan unjuran untuk jalan kaki lima adalah dibenarkan dengan menyediakan had ketinggian sekurang-kurangnya 2.5 meter. Unjuran tersebut seperti atap, tangga dan papan tanda atau papan iklan.

Struktur yang menghubungkan antara bangunan juga termasuk di dalam pengiraan ini.

Merujuk kepada UBBL 1984 / UKBS 1984, Bahagian III, di bawah tajuk Ruang Kawasan, Cahaya dan Pengudaraan, Undang-Undang Kecil No. 47, Unjuran di atas jalan kaki lima.

Unjuran dari jenis —

(a) alang;

(b) tangga dan pelantar tangga;

(c) adang-adang;

(d) bidai; dan

(e) papan tanda atau iklan,

yang tidak kurang daripada 2.5 meter tingginya daripada lapik batu jalan kaki lima boleh dibenarkan.


Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (2022), Bahagian III, Ruang Kawasan, Cahaya dan Pengudaraan, Undang-Undang Kecil No. 47, Unjuran di atas jalan kaki lima.

Nota:

  • UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
  • UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Imej via Freepik

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *