UBBL 1984 : Bahagian IV – Tanggungjawab orang-orang yang diberi permit sementara

UKBS 1984 – Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Foto – DZ Creation Studio

Selepas permit sementara diberikan, pihak yang bertanggungjawab perlu memastikan apa-apa tindakan di tapak pembinaan sentiasa berada dalam keadaan baik dan selamat. Pihak berkenaan juga perlu memastikan kesemua kerja-kerja pembinaan mengikut kehendak-kehendak yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT).

Sekiranya terdapat kerosakan terhadap harta di luar kawasan binaan atau kemalangan yang melibatkan orang awam, pihak berkenaan perlu mengambil tanggungjawab.

Merujuk kepada UBBL 1984 / UKBS 1984, Bahagian IV, di bawah tajuk Kerja-Kerja Sementara Berhubungan Dengan Kerja-Kerja Bangunan, Undang-Undang Kecil No. 49, Tanggungjawab orang-orang yang diberi permit sementara.

49. Tanggungjawab orang-orang yang diberi permit sementara

Orang yang diberi permit sementara hendaklah bertanggungjawab bagi —

(a) mengambil apa-apa langkah yang perlu untuk menyenggara parit tepi lebuh supaya bersih daripada galangan dan dengan memuaskan hati pihak berkuasa tempatan;

(b) penyelarasan kabel, paip dan lain-lain kelengkapan atau talian perkhidmatan atau kemudahan yang sedia ada dan bagi pemasangannya semula apabila siap kerja-kerja itu mengikut kehendak-kehendak pihak berkuasa yang berkenaan;

(c) mengecat hujung papan-papan dinding itu dengan warna putih dan menandakan dengan sesuai hujung papan-papan dinding dan susur-susur adang dengan lampu amaran merah sepanjang malam;

(d) apa-apa kemalangan dan kerosakan kepada harta atau orang yang disebabkan secara langsung oleh papan-papan dinding atau susur-susur adang itu;

(e) mempastikan bahawa tempat-tempat pili bomba dan apa-apa pepasangan perkhidmatan kemudahan lain yang sedia ada tidak digalang oleh papan dinding atau bahan-bahan itu;

(f) mengadakan ruang buka yang sesuai dengan susur tangan dihujung papan dinding itu untuk memudahkan jalan masuk dan keluar di atas parit tepi lebuh, kepada dan daripada jalan kaki lima yang bersampingan;

(g) menyenggara papan dinding itu dengan memuaskan hati pihak berkuasa tempatan;

(h) mengambil langkah berhati-hati yang wajar supaya tidak merosakkan sesalur bekal yang sedia ada dengan menempatkan bebanan lebih ke atas tanah atau dengan sesuatu binaan sementara;

(i) memindahkan papan dinding itu bersama dengan semua bahan dan puing apabila kerja-kerja
siap; dan

(j) membaiki semula apa-apa kerosakan pada lebuh, parit, lorong jalan kaki dan jalan kaki lima dan meninggalkan tapak dan parit itu dalam keadaan bersih dan kemas.


Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (2022), Bahagian IV, Kerja-Kerja Sementara Berhubungan Dengan Kerja-Kerja Bangunan, Undang-Undang Kecil No. 49, Tanggungjawab orang-orang yang diberi permit sementara.

Nota:

  • UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
  • UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Imej di tapak pembinaan – by pressfoto on Freepik

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *