Oleh Azizi MY
Henning Larsen telah dipilih sebagai pemenang pertandingan antarabangsa untuk reka bentuk Kurfürstendamm 231 iaitu sebuah pembangunan bandar campuran baru di West Berlin, Jerman. Antara finalis lain dalam pertandingan itu termasuklah Cobe, David Chipperfield, dan Mäckler Architekten.

Konsep pemenang ialah dengan menumpukan kawasan sekitar bandar yang berfungsi sebagai tempat perjumpaan dengan skala besar untuk masyarakat setempat. Sembilan bangunan menentukan halaman tersebut termasuk Rumah Agrippina sedia ada, yang akan dipulihkan melalui projek ini.
Pembangunan ini bertujuan untuk menggalakkan kehidupan budaya dan penyertaan komuniti dengan memberi keutamaan kepada kawasan pameran dan ruang yang direka khusus untuk institusi budaya. Teres makan, galeri seni dan kawasan komersial menghidupkan kawasan di aras tanah, sementara kemudahan khusus untuk kawasan setempat seperti tadika melengkapkan imej sebuah daerah yang aktif dan menarik. Aras tanah juga dibuat agar mudah diakses melalui laluan baru yang melintasi Ku’damm melalui kawasan projek ini.

Projek ini juga melibatkan pemeliharaan dan transformasi bangunan sedia ada. Rumah Agrippina yang disenaraikan juga akan ditambah baik di bahagian belakang dengan bangunan baru berbahan kayu yang menghadap ke halaman. Bangunan tersebut juga akan disambungkan dengan bangunan perumahan sekeliling untuk mengintegrasikannya dengan keseluruhan kawasan. Di dalamnya terdapat ruang budaya dan ruang permulaan perniagaan yang akan menyumbang kepada senario budaya yang dicadangkan untuk projek ini.
Beberapa strategi telah digunakan untuk mengurangkan jejak karbon dalam pembangunan ini, termasuk penggunaan ruang hijau yang maksimum, penggunaan semula bahan, dan pembinaan menggunakan kayu. Untuk keseluruhan kawasan, faktor kawasan biotop dianggarkan sebanyak 0.4, yang sesuai dengan garis panduan DGNB untuk kawasan bandar yang padat. Penggunaan campuran dalam blok-blok ini tercermin melalui variasi fasad, ruang luaran yang terintegrasi, dan pelbagai kemudahan. Pembangunan ini juga melibatkan sebuah bangunan baru dengan ketinggian 134 meter yang direka untuk menjadi mercu tanda ikonik di sepanjang Kurfürstendamm. Terdapat juga sebuah bangunan bertingkat di sepanjang Augsburger Strasse yang menghubungkan ke kawasan Charlottenburg/Wilmersdorf.

“Kerjasama adalah kunci untuk mencipta rangkaian terbuka bagi pembangunan bandar yang bertenaga. Kami ingin bersikap murah hati kepada bandar ini, menemui keseimbangan yang halus antara menghormati sejarah dan DNA Charlottenburg serta Ku’damm yang ikonik. Sembilan bangunan berbeza dalam rancangan ini mewakili kekayaan senibina Berlin yang terkenal, dan keindahan projek ini terletak pada halaman awam di tengah-tengahnya. Inilah ruang yang akan dikenali sebagai Ku’lturhof”- Louis Becker, Ketua Reka Bentuk Global, Henning Larsen.
Henning Larsen juga dipilih untuk mengubah Pusat Teater Canberra di Australia bersama dengan pejabat Australia Architectus dan perunding global Arup untuk menjadikan ruang yang bertenaga dan inklusif.