Ditulis oleh: Azizi MY
Studio Arkitek EFFEKT telah menyiapkan projek laluan pejalan kaki atas pokok yang pertama di Norway yang melalui Taman Aktiviti Hamaren di Fyresdal dan berakhir di sudut pandangan bulat.
Laluan tersebut terletak pada ketinggian 15 meter di udara boleh diakses oleh semua pengunjung termasuk orang kurang upaya dan sebagainya.
Menurut EFFEKT, perjalanan di atas pokok di Taman Aktiviti Hamaren memberikan perspektif baru tentang lanskap semula jadi Fyresdal kepada semua pencinta alam yang tidak mengira siapa pun mereka termasuklah orang kurang upaya (OKU).
Selain laluan pejalan kaki atas pokok, projek baru itu mempunyai kemudahan laluan berbasikal, laluan semula jadi dan kemudahan untuk aktiviti seperti trampolin dan mendaki.
Panjang laluan pejalan kaki ini ialah 1 kilometer dan terletak di sepanjang pendakian Klokkarhamaren iaitu sebuah bukit dengan ketinggian 338 meter.
Para pengunjung dibimbing dari lantai hutan pine, melalui tasik dan antara puncak-puncak pokok menuju puncak Klokkarhamaren.
Satu sudut pandangan bulat dengan diameter 50 meter telah direka dihujung laluan untuk memberikan pemandangan panoramik landskap semula jadi di sekelilingnya.
Sebahagian besar struktur laluan itu mempunyai kelebaran 2 meter dan pada titik tertentu ia mula melebar untuk menyediakan sudut anjung bagi pemandangan tertentu dan juga sebagai kawasan rehat. Tiang-tiang yang menyokong struktur itu dibina sejajar dengan lekukan semulajadi dan kecerunan bentuk muka bumi.
“Ia hanya menggunakan elemen pasang siap yang kecil dan lurus yang boleh dikendalikan dengan mudah dengan jentera kecil dan dengan tangan di tapak pembinaan untuk melindungi alam semula jadi semasa proses pembinaan,” jelas Foged.
Struktur ini juga dimajukan EFFEKT dengan kontraktor tempatan, Inge Aamlid sebagai tindak balas kepada menghormati sejarah pembinaan kayu pine di kawasan itu.
“Kawasan ini memiliki sejarah yang panjang dengan industri kayu dan tradisi membina struktur dengan kayu pine,” kata Foged.
“Oleh itu, rekabentuk projek ini menggunakan kayu pine tempatan sebagai bahan utama. Kayu pine digunakan sebagai struktur penahan beban, jalur kayu dan pagar,” jelasnya.
Berpusat di Copenhagen, EFFEKT ialah sebuah studio arkitek yang diasaskan oleh arkitek Sinus Lynge dan Foged pada tahun 2007.