UKBS 1984 – Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Kenderaan keluar masuk ke tapak pembinaan perlu mengikut jadual atau waktu-waktu tertentu supaya tidak mengganggu lalu lintas di jalan utama di sekitar tapak pembinaan terutamanya di kawasan bandar atau di kawasan yang sering sibuk dan sebagainya.
Selain itu juga untuk menghindari daripada kemalangan atau kecelakaan terhadap pengguna jalan raya yang lain.
Berdasarkan kepada UBBL 1984 / UKBS 1984, Bahagian IV, di bawah tajuk Kerja-Kerja Sementara Berhubungan Dengan Kerja-Kerja Bangunan, Undang-Undang Kecil No. 51, Akses kenderaan ke tapak.
51. Akses kenderaan ke tapak
Akses kenderaan ke tapak itu boleh dihadkan pada waktu-waktu tertentu untuk mengelakkan daripada menghalang aliran lalu lintas jika didapati perlu.
Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (2022), Bahagian IV, Kerja-Kerja Sementara Berhubungan Dengan Kerja-Kerja Bangunan, Undang-Undang Kecil No. 51, Akses kenderaan ke tapak.
Nota:
- UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
- UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
Imej – rawpixel.com on Freepik