UBBL 1984 : Bahagian V – Beban-Beban Kekal dan Guna

UKBS 1984 – Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Foto – DZ Creation Studio

Mana-mana binaan baru atau bangunan tambahan dan ubahsuai adalah tertakluk kepada undang-undang kecil 55 termasuk binaan sedia ada yang melibatkan kerja-kerja pertukaran mana-mana bahagian pada struktur bangunan.

Merujuk kepada UBBL 1984 / UKBS 1984, Bahagian V, di bawah tajuk Kehendak-Kehendak Struktur, Undang-Undang Kecil No. 55, Beban-beban kekal dan guna.

55. Beban-beban kekal dan guna

(1) Peruntukan-peruntukan Bahagian ini berhubungan dengan beban-beban kekal dan guna adalah terpakai bagi— [Pindaan 2012]

(a) bangunan baru dan struktur baru;

(b) perubahan dan tambahan struktur kepada bangunan yang sedia ada dan struktur yang sedia ada; dan

(c) pembinaan yang sedia ada mengenai pertukaran penggunaan,

tetapi adalah tidak terpakai bagi menyenggara atau mengganti bahagian-bahagian bangunan atau struktur yang sedia ada jika tiada apa-apa pertukaran pada penggunaannya.

(2) Beban-beban kekal dan guna yang diperuntukkan selepas ini adalah sebagai tambahan dan bukan sebagai ganti kepada peruntukan-peruntukan yang berhubungan dengan—

(a) beban-beban di atas jambatan lebuh;

(b) beban-beban di atas jambatan landasan keretapi;

(c) beban-beban disebabkan oleh angin;

(d) beban-beban disebabkan oleh kuasa gempa bumi;

(e) beban-beban disebabkan oleh letupan;

(f) beban-beban di atas struktur yang tertakluk kepada tekanan-tekanan dalam daripada kandungankandungannya seperti bunker, silo dan tangki air;

(g) beban-beban yang bersampingan dengan pembinaan;

(h) beban-beban disebabkan oleh lif dan eskalator;

(i) beban-beban yang disebabkan oleh getaran mesin (kecuali yang disebabkan oleh kren gantri);

(j) beban-beban disebabkan oleh kesan haba; dan

(k) beban-beban ujian.

[Pindaan 2012]


Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (2022), Bahagian V, Kehendak-Kehendak Struktur, Undang-Undang Kecil No. 55, Beban-beban kekal dan guna.

Nota:

  • UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
  • UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Imej – Freepik

** Sekiranya terdapat pembetulan/tambahan/pindaan terhadap artikel di atas, sila maklumkan terus kepada kami melalui ruangan komen atau email.

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *