UBBL 1984 : Bahagian V – Beban guna atas siling, tingkap magun (skylights) dan struktur yang sama

UKBS 1984 – Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Foto – DZ Creation Studio

Berkenaan dengan perkara yang melibatkan penyangga siling, tingkap magun (skylights) dan yang seumpama dengannya hendaklah dibuat mengikut standard yang terdapat dalam PM PE 1991-1-1 seperti yang dinyatakan di dalam UBBL 1984 / UKBS 1984, Bahagian IV, di bawah tajuk Kerja-Kerja Sementara Berhubungan Dengan Kerja-Kerja Bangunan, Undang-Undang Kecil No. 61, Beban guna siling, tingkap magun dan struktur yang sama.

61. Beban guna atas siling, tingkap magun (skylights) dan struktur yang sama

(1) Penyangga siling (selain daripada siling palsu), tetulang tingkap magun, bingkai dan penutup (selain daripada tingkap kaca) bari-bari laluan dan struktur yang serupa hendaklah direka bentuk mengikut PM PE 1991-1-1. [Pindaan 2012]

(2) Dipotong. [Pindaan 2012]

(3) Bagi maksud Undang-Undang Kecil ini, siling palsu ertinya suatu siling yang dibina dengan mempunyai ruang di antaranya dan struktur di atasnya dan yang sekurang-kurangnya memuaskan satu daripada syarat-syarat berikut yang berhubungan dengan akses kepada ruang itu — [Pindaan 2021]

(a) ruang itu tidak boleh dilalui; atau

(b) siling itu boleh ditanggal untuk laluan; atau

(c) ruang itu dilengkapkan dengan titi samping yang disangga dengan bebas.


Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (2022), Bahagian V, Kehendak-Kehendak Struktur, Undang-Undang Kecil No. 61, Beban guna siling, tingkap magun dan struktur yang sama.

Nota:

  • UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
  • UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

IMEJ – wirestock (Freepik)

** Sekiranya terdapat pembetulan/tambahan/pindaan terhadap artikel di atas, anda boleh memaklumkan terus kepada kami melalui ruangan komen atau email.

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *