UKBS 1984 – Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Dalam konteks UBBL 1984, jika dinding-dinding sekat ditunjukkan dalam pelan, berat sebenar dari dinding-dinding sekat tersebut harus dimasukkan ke dalam beban kekal. Ini bermaksud, berat sebenar dari dinding sekat atau dinding pemisah tersebut perlu dikira dalam pelan struktur bangunan.
Namun, jika terdapat dinding-dinding sekat yang kedudukannya tidak ditunjukkan dalam pelan, maka rasuk dan kepingan lantai di kawasan tersebut perlu direkabentuk supaya beban dapat diagihkan dengan sama rata.
Merujuk kepada UBBL 1984 / UKBS 1984, Bahagian V, di bawah tajuk Kehendak-Kehendak Struktur, Undang-Undang Kecil No. 57, Berat dinding sekat.
57. Berat dinding sekat
Jika dinding-dinding sekat ditunjukkan dalam pelan, beratnya yang sebenar hendaklah dimasukkan ke dalam beban kekal. Untuk mengadakan dinding-dinding sekat yang tempat-tempatnya tidak ditunjukkan di atas pelan, rasuk dan kepingan lantai di mana ia boleh mengagihkan beban itu supaya cukup rata, hendaklah direka bentuk untuk menanggung, sebagai tambahan kepada beban-beban lain, suatu beban yang teragih sama banyak atas satu meter persegi yang tidak kurang daripada satu pertiga daripada berat satu meter panjang dinding-dinding sekat yang telah siap, tetapi tidak kurang daripada 1 kN/m² jika lantai itu digunakan bagi maksud-maksud pejabat. [Pindaan 2012]
Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (2022), Bahagian V, Kehendak-Kehendak Struktur, Undang-Undang Kecil No. 57, Beban dinding sekat.
Nota:
- UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
- UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984
** Sekiranya terdapat pembetulan/tambahan/pindaan terhadap artikel di atas, anda boleh memaklumkan terus kepada kami melalui ruangan komen atau email.