UBBL 1984 : Bahagian V – Kandungan Tangki dan Takungan Lain

UKBS 1984 – Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Foto – DZ Creation Studio

Dalam UBBL 1984, kandungan tangki dan takungan lain serta beratnya, perlu dianggap sebagai beban kekal pada struktur bangunan. Dalam pelan struktur bangunan, pengiraan perlu dilakukan sama ada tangki itu berisi penuh atau kosong.

Pengiraan adalah penting karena beban pada tangki sama ada ia penuh atau pun kosong mempengaruhi kestabilan struktur.

Maksudnya, pengiraan bukan hanya pada berat asal tangki atau takungan itu tetapi ketika tangki atau takungan itu berisi penuh. Ini bagi memastikan struktur bangunan itu dapat menampung beban pada tangki atau takungan.

Merujuk kepada UBBL 1984 / UKBS 1984, Bahagian V, di bawah tajuk Kehendak-Kehendak Struktur, Undang-Undang Kecil No. 58, Kandungan tangki dan takungan lain.

58. Kandungan tangki dan takungan lain

Berat tangki dan takungan lain dan kandungannya hendaklah dianggap sebagai beban kekal; kiraan hendaklah dibuat mengenai keadaan beban itu apabila tangki atau takungan itu penuh dan apabila ianya kosong. [Pindaan 2012]


Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (2022), Bahagian V, Kehendak-Kehendak Struktur, Undang-Undang Kecil No. 58, Kandungan tangki dan takungan lain.

Nota:

  • UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
  • UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Imej – frimufilms on Freepik

** Sekiranya terdapat pembetulan/tambahan/pindaan terhadap artikel di atas, anda boleh memaklumkan terus kepada kami melalui ruangan komen atau email.

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *