UBBL 1984 : Bahagian V – Kehendak-Kehendak Struktur / Bahan Bangunan

UKBS 1984 – Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Bahagian V – Kehendak-kehendak Struktur

Foto – DZ Creation Studio

Hal di bawah adalah berkenaan dengan bahan yang digunakan untuk mendirikan suatu bangunan termasuklah untuk projek tambahan dan ubahsuai.

Merujuk kepada UBBL 1984 / UKBS 1984, Bahagian V, di bawah tajuk Kehendak-Kehendak Struktur, Undang-Undang Kecil No. 53, Bahan Bangunan.

53. Bahan Bangunan

(1) Apa-apa bahan yang digunakan—

(a) bagi mendirikan sesuatu bangunan;

(b) bagi mengubah atau menambah struktur sesuatu bangunan;

(c) bagi melaksanakan kerja-kerja atau memasangkan pasangan-pasangan, iaitu kerja-kerja atau pasangan-pasangan yang baginya mana-mana peruntukan Undang-Undang Kecil ini dipakai; atau

(d) bagi mengambus mana-mana korekan atas tapak berhubungan dengan sesuatu bangunan atau kerja atau pasangan yang baginya, mana-mana peruntukan Undang-Undang Kecil ini dipakai, hendaklah—

(aa) daripada jenis dan kualiti yang sesuai berhubungan dengan maksud-maksud dan keadaan-keadaan yang ia digunakan;

(ab) dicampur atau disediakan dengan secukupnya; dan

(ac) dipakai, diguna atau dipasangkan untuk melaksanakan fungsi-fungsi yang baginya ia direka bentuk dengan secukupnya.

(2) Penggunaan apa-apa bahan atau apa-apa cara mencampur atau menyediakan bahan-bahan atau pemakaian, penggunaan atau pemasangan bahan-bahan yang mematuhi Piawai Spesifikasi atau Tatatertib Amalan yang menetapkan kualiti bahan atau standard hasil kerja hendaklah disifatkan sebagai pematuhan yang mencukupi dengan kehendak-kehendak perenggan (1) undang-undang kecil 53 jika penggunaan bahan atau cara itu adalah berpatutan bagi maksud dan keadaan yang ia digunakan.


Rujukan: Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984 (2022), Bahagian V, Kehendak-Kehendak Struktur, Undang-Undang Kecil No. 53, Bahan Bangunan.

Nota:

  • UBBL 1984 = Uniform Building By Law 1984
  • UKBS 1984 = Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Imej – jcomp on Freepik

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *