Airport Kelantan: Ubahsuai dan Naik Taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Kota Bharu Dijangka Lewat Hampir 5 Bulan

Projek untuk memperbesar dan menaik taraf Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dijangka akan mengalami kelewatan selama hampir lima bulan.

Menurut Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri Kelantan, Nik Nazmi Nik Ahmad, projek ini mencapai kadar kemajuan sebanyak 30.58%, dan dijangka mengalami kelewatan sebanyak 25.79% atau 143 hari.

“Kelewatan ini disebabkan antara lain oleh kekurangan pekerja mahir dan isu-isu berkaitan utiliti serta sistem keselamatan di tapak pembinaan, yang sedang kami bantu selesaikan.

“Saya diberitahu bahawa Malaysia Airports Holdings dan Kementerian Pengangkutan juga sedang merancang langkah pemulihan untuk projek ini,” katanya. Dipetik Bernama.

Projek ini bertujuan untuk meningkatkan kemudahan dan kapasiti terminal lapangan terbang dari 1.5 juta penumpang kepada empat juta penumpang setahun, dengan kos lebih daripada RM440 juta.

Walaupun lapangan terbang ini tidak dikategorikan sebagai lapangan terbang antarabangsa atau pusat penerbangan serantau, ia masih mampu mengendalikan operasi penerbangan antarabangsa yang berjadual dan tidak berjadual.

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *