Arkitek Tsuyoshi Tane: Kayu & Daun Atap Untuk Garden House di Kampus Vitra, Jerman

Tsuyoshi Tane menggunakan kayu dan daun atap untuk mencipta rumah taman di Kampus Vitra di Weil am Rhein, Jerman.

SUMER IMEJ

Selain sebagai tempat rehat kepada tukang kebun, Rumah Tane Garden House juga berfungsi sebagai tempat pemandangan untuk Taman Oudolf. Tane Garden House merupakan tambahan terbaru kepada jenama perabot kampus Vitra tempat di mana beberapa arkitek terkenal seperti Frank Gehry, Zaha Hadid, Tadao Ando, dan SANAA telah mencipta bangunan.

Rolf Fehlbaum, pengerusi Vitra, telah melantik Arkitek Tsuyoshi Tane, pengasas ATTA studio untuk merekabentuk rumah taman Tane Garden House.

Dipetik Dezeen, tanggungjawab ini memerlukan rekabentuk dan pembinaan bangunan yang mencerminkan pemahaman kampus tentang kelestarian alam sekitar dan kesan senibina terhadap perubahan iklim yang mendorong penggunaan bahan biomaterial.

SUMBER IMEJ

“Ia sangat berbeza daripada bangunan Vitra sebelum ini,” kata Tane.

“Dengan meningkatkan kesedaran tentang perubahan iklim yang menghabiskan sumber bumi di bawah tanah, rumah taman ini dibina dengan bahan-bahan di atas tanah – seperti batu, kayu, daun atap, dan tali. Rumah taman ini, secara asasnya hidup bersama Bumi.” Tane Garden House terletak di sebelah kebun sayur di Taman Oudolf oleh pereka landskap Piet Oudolf dan Umbrella House oleh arkitek Jepun Kazuo Shinohara, yang baru-baru ini telah dipindahkan dari Jepun ke lokasi ini.

SUMBER IMEJ

Walaupun ia direka sebagai kawasan rehat untuk tukang kebun di kawasan kampus, tetapi ia juga terbuka kepada orang awam sebagai tempat untuk melihat pemandangan bangunan di kawasan sekelilingnya. Kombinasi penggunaan ini dipengaruhi oleh kedudukan lokasinya di antara kawasan awam dan kawasan persendirian kampus, yang mendorong Tane mencipta peluang untuk memperluaskan zon kawasan kepada orang awam.

“Ia juga terletak di antara kawasan awam dan persendirian jadi, orang awam boleh datang dan menikmatinya tanpa sebab apa pun dan memiliki pemandangan 360 darjah kampus Vitra dari atas,” jelasnya.

Saiz bangunan ini ialah 15 meter persegi dan ditinggikan sedikit dari atas atas tanah untuk mengurangkan kesan terhadap tanah. Ia boleh menampung kira-kira lapan orang.

SUMBER IMEJ

Antara kemudahan yang disediakan adalah sudut ‘ngopi’ dan simpanan untuk peralatan kebun, selain bilik mandi, bilik mesyuarat, dan kawasan bengkel. Kawasan dapur sedang dibina di luar bangunan itu bersama dengan sistem pancuran untuk penyiraman atau membersihkan kasut dan juga peralatan kebun.

Menurut Tane, reka bentuk ini merujuk kepada rumah-rumah Swiss primitif. Ia dibina dengan bahan tempatan dan akan bekerjasama dengan tukang tempatan untuk perkhidmatan selepasnya.

Menurut Tane, bentuknya adalah segi empat tetapi setiap sudutnya dipotong dan direka untuk membenarkan cahaya dan angin memasuki dan berhubung dengan kawsan landskap sekeliling. Salah satu bahan utama yang digunakan dalam pembinaannya adalah daun atap yang dipilih kerana sifatnya sebagai bahan penahan haba dan digunakan sebagai pengganti kepada produk insulation plastik.

“Pilihan bahan sangat berbeza, tetapi dari segi bentuk, nisbah dan bukaan tingkap bangunan di Kampus Vitra telah dikaji,” katanya.

Antara arkitek terkenal yang pernah mencipta nama di Vitra ialah Herzog & de Meuron, Zaha Hadid, dan SANAA.

Sumber

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *