ECRL: Perkembangan Terkini Projek ECRL Seksyen 1, Pasir Puteh, Kelantan

East Coast Rail Link (ECRL) merupakan satu projek pembinaan laluan kereta api Pantai Timur Malaysia yang diusahakan untuk meningkatkan aksesibiliti dan memperkuat infrastruktur pengangkutan di kawasan pantai timur. Laluan sekitar 665 kilometer itu akan melintasi negeri-negeri Pantai Timur seperti Kelantan, Terengganu, dan Pahang, sebelum mencapai destinasi akhirnya di Lembah Klang.

Projek ECRL pada era DS Najib Razak itu bertujuan untuk membangunkan koridor ekonomi yang dinamik dan meransang pertumbuhan ekonomi di Pantai Timur. Ia dijangka membawa pelbagai manfaat termasuk meningkatkan perdagangan, pelaburan, dan peluang pekerjaan di kawasan-kawasan yang dilalui oleh laluan ECRL ini. Projek ini sedang dalam pembinaan dan perkembangan siap kerja secara keseluruhan projek ini telah melebihi 50%.

SUMBER IMEJ

Dalam perkembangan di peringkat kerja Seksyen 1, Base Camp 2, Jerus Pasir Puteh dilaporkan telah mencapai kemajuan melebihi 61% yang telah melibatkan sebanyak 1,520 orang pekerja.

Seperti yang dilaporkan oleh JKR Kelantan, satu lawatan teknikal telah diadakan ke tapak Projek East Coast Rail Link (ECRL) di Seksyen 1 oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Kelantan.

Kemajuan projek ini melibatkan pelbagai aspek termasuk pembinaan jambatan, penambahbaikan, dan stesen pertama yang sedang dibangunkan di Tunjong, Kota Bharu. Dengan perkembangan terbaru itu, projek ini dijangka dapat diselesaikan lebih awal dari jadual yang telah ditetapkan.

Pembinaan projek ECRL menggunakan teknologi terkini yang canggih. Keupayaan teknologi ini dalam menjaga kebersihan tapak pembinaan dan mengurangkan sisa pembinaan sangat membantu dalam mempercepatkan kerja-kerja pembinaan secara keseluruhannya.

Projek ECRL ini memberi peluang untuk memberi impak positif kepada negeri Kelantan dan wilayah Pantai Timur secara keseluruhannya. Ia akan membuka peluang ekonomi baru dan memperkuat infrastruktur pengangkutan di kawasan ini.

Dengan perkembangan itu diharap projek ini akan berjalan lancar dan dapat disiapkan dengan jayanya.

Jika terdapat kesilapan atau tambahan atau pembetulan terhadap artikel ini, boleh terus maklumkan kepada kami.

Sumber Photo

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *