Tesla Model Y Dilancarkan di Malaysia dengan Harga Bermula RM199,000

Tesla sudah pun tiba rasmi di Malaysia hari ini dengan acara pelancaran besar di Pavilion KL. Bagaimana pun, syarikat itu telah menerima tempahan Model Y sejak minggu lalu serta mengesahkan bahawa harga yang dipaparkan di laman webnya sudah termasuk cukai jualan.

Harga Permulaan

Harga permulaan yang ditawarkan Tesla adalah bermula pada harga seperti di bawah:

  • Rear Wheel Drive – RM199,000
  • All-Wheel Drive Long Range – RM246,000
  • All-Wheel DrivePerformance – RM288,000

Tetapi, apabila dicampur tolakkan dengan fi lain seperti fi penghantaran dan pentadbiran sebanyak RM500, nombor plat RM200 dan fi tempahan sebanyak RM1,000 (dibuat semasa tempahan) ia akan menjadi harga seperti di bawah:

  • Roda Belakang Pemanduan – RM200,700
  • Semua Roda Pemanduan Jarak Jauh – RM247,700
  • Semua Roda Pemanduan Prestasi – RM288,700

Tesla EVs pasa ketika ini diberi pengecualian dari duti import dan eksais, serta cukai jalan sehingga akhir tahun 2025.

Setiap pelanggan juga akan diberikan pemacu dinding (Wall Connector) secara percuma tidak termasuk caj pemasangan.

Pemilihan Warna

Model Y yang ditawarkan boleh dipilih mengikut 5 warna iaitu Pearl White, Solid Black, Midnight Silver Metallic, Deep Blue Metalic dan Red Multi-Coat. Hanya Peral White tiada caj tambahan manakala warna yang lain terdapat caj RM5,000 dan Red Multi-Coat RM10,000.

Selain itu, anda juga boleh menukar rim daripada saiz standard 19″ kepada 20″ dengan bayaran tambahan sebanyak RM10,000.

Ruang dalam adalah All Black tetapi jika memilih pilihan warna Black and White, caj tambahan adalah sebanyak RM5,000.

Untuk tambahan ciri teknologi seperti Enhanced Autopilot perlu menambah bayaran sebanyak RM16,000 termasuk cukai. Manakala sistem kebolehan memandu sendiri sepenuhnya atau Full Self-Driving Capability (FSD) boleh didapati pada harga RM32,000.

Rangkaian Supercharger juga akan ditambah untuk kemudahan pengguna kenderaan Tesla. Setidak-tidaknya 10 lokasi telah dikenal pasti, antaranya Dengkil, Petaling Jaya, Bukit Jalil, Iskandar Puteri, Ipoh dan Perai.

Tesla Foto via Milan Csizmadia

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *