WCT Holdings akan ambil alih baki 49% saham dalam usaha sama (JV) mengendalikan kompleks membeli-belah di Merdeka 118

WCT Holdings Bhd akan mengambil alih baki 49% saham yang masih ada dalam usaha sama dengan unit milik penuh TSR Capital Bhd, iaitu TSR Bina Sdn Bhd (TSRB), dengan harga RM1.47 juta. Dipetik The Edge.

WCT, melalui anak syarikat milik penuhnya iaitu WCT Bhd (WCTB), dan TSRB telah menerima tawaran bernilai RM676.8 juta daripada PNB Merdeka Ventures Sdn Bhd pada Disember 2018, untuk membina sebuah pusat membeli-belah di Merdeka 118, Kuala Lumpur.

Kemudian, WCTB dan TSRB membentuk syarikat usaha sama (JV) dengan nisbah 51:49 masing-masing, untuk menjalankan kontrak tersebut.

Dalam penyataan bursa WCT, usaha sama tersebut telah menandatangani perjanjian pemegang saham tambahan untuk membeli 49% saham dalam TSRB dan juga pembatalan bersama perjanjian pemegang saham.

Selepas ini, WCTB akan mengambil alih tanggungjawab penuh untuk menyiapkan kontrak tersebut, manakala TSRB akan keluar daripada syarikat usaha sama tanpa untung dan rugi.

“Setelah pembelian dan pemindahan saham jualan kepada WCTB selesai, syarikat usaha sama ini akan menjadi anak syarikat sepenuhnya milik WCTB,” tambah WCT.

Saham WCT ditutup tanpa perubahan pada 41 sen pada hari Isnin (3 Julai), dengan kapitalisasi pasaran sebanyak RM581.44 juta. Manakala, saham TSR Capital pula ditutup 1.5 sen atau 7.69% lebih tinggi pada 21 sen, dengan nilai kumpulan sebanyak RM35.72 juta.

Sumber

Imej

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *