ELASTICOFarm oleh Stefano Pujatti Menang Italian Architecture Prize

Imej via Archdaily

Studio arkitek ELASTICOFarm, di bawah pimpinan Stefano Pujatti, telah dianugerahkan Premio Italiano di Architettura (Italian Architecture Prize) oleh Triennale di Milano dan MAXXI. Penerima Anugerah edisi keempat itu adalah sebagai pengiktirafan terhadap projek S-LAB mereka iaitu sebuah bangunan baru di Turin, Itali, untuk Istituto Nazionale di Fisica Nucleare (INFN).

Projek S-LAB oleh ELASTICOFarm ini mentafsir semula tipologi bangunan perindustrian tradisional yang menggabungkan prinsip ekonomi, kesederhanaan dan penyelesaian struktur tidak konvensional. Karya Pujatti itu menunjukkan usaha pembinaan yang inovatif yang disesuaikan dengan ruang yang tersendiri.

Imej via Archdaily

Italian Architecture Prize selalunya akan mempersembahkan senibina Itali masa kini tetapi berorientasikan rekabentuk masa depan. Dipromosikan oleh MAXXI dan Trienalle Milano, hadiah diberikan untuk bangunan terbaik dalam tiga tahun terakhir, projek terbaik bawah 35 tahun dan anugerah kerjaya.

Untuk anugerah kali ini, para juri edisi ini terdiri daripada Iñaqui Carnicero, Giancarlo Mazzanti, Matteo Scagnol, dan Atelier Remoto, bersama Stefano Boeri & Nina Bassoli mewakili Triennale, dan Pippo Ciorra & Lorenza Baroncelli mewakili MAXXI.

Imej via Archdaily

“Ia menambahkan karekter tersendiri kepada bangunan yang selalunya dianggap biasa, mengubahnya menjadi platform untuk penerokaan dan kajian. Projek ini mentafsir semula kaedah pembinaan konvensional yang digunakan dalam bangunan produktif, seperti menggunakan konkrit pasang siap, dan mengubahnya menjadi peluang untuk percubaan yang komprehensif. Ini termasuk bagaimana bangunan berinteraksi dengan persekitaran, suasana, persepsi dan aspek landskapnya.” – Kenyataan juri

Imej via Archdaily

Selain ELASTICOFarm, anugerah ini juga mengiktiraf Carlo Atzeni, Maurizio Manias, Silvia Mocci, Franceschino Serra untuk projek Kompleks Paroki dan Gereja Santa Chiara yang dibina di sini pada tahun 2021. Penghargaan berprestij pula diberikan kepada Labics untuk projek menyiapkan kawasan muzium Palazzo dei Diamanti di Ferrara, yang siap pada tahun 2022, sementara Studio Ossidiana menerima anugerah yang berusia kurang 35 tahun untuk projek Paviliun Seni M. di Almere, Belanda, yang siap pada tahun 2022. Anugerah Penghargaan Seumur Hidup diberikan kepada Aimaro Oreglia d’Isola.

Sumber

About The Author

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *