
MAD Architects telah berkongsi rekabentuk projek Anji Culture and Art Center di daerah Zhejiang, iaitu sebuah wilayah yang terletak tenggara China. Projek yang diketuai oleh Ma Yansong ini mempunyai keluasan sebanyak 129,000 meter persegi dan akan dibina di atas tapak berkeluasan sekitar 149,000 meter persegi. Projek ini akan mengandungi 6 tempat acara seperti Teater Besar, Pusat Persidangan, Pusat Riadah, Pusat Sukan, Pusat Aktiviti Belia dan Pusat Pendidikan Seni. Semua lokasi acara ditempatkan di bawah satu bumbung yang berbentuk seperti daun buluh. Konsep itu disesuaikan daerah Anji itu sendiri yang terkenal sebagai bandar buluh dan teh putih di China.

Dipetik Archdaily, projek ini sedang dalam pembinaan dan dijangka akan siap sepenuhnya pada tahun 2025.
Lokasi projek ini terletak di antara pusat bandar yang berada di sebelah timur dan kawasan pergunungan yang berada di sebelah barat. Rekabentuk projek itu dipengaruhi oleh kedua-dua kawasan itu yang mana ia dapat diakses dari semua arah. Yang menariknya ialah, projek ini terletak di tengah-tengah laluan yang dapat menikmati pemandangan ke arah kawasan pergunungan.

Dari segi rekabentuk pula, bangunan itu direka dengan volume yang berbeza yang ditutup dengan bumbung berwarna putih. Bumbung-bumbung itu disusun untuk mencipta bayangan silhouette yang merujuk kepada kawasan pergunungan yang berada disekitar tapak projek itu. Susunan itu sebernarnya untuk membenarkan cahaya semula jadi memasuki ke ruang dalam bangunan dengan lebih banyak melalui bentuk-bentuk terbuka yang ditutupi dengan struktur kaca setinggi 17 meter.

Ruang utama seperti ruang teater dan pusat persidangan mempunyai ketinggian sehingga 2 ke 3 tingkat yang dapat menampung sehingga 1300 kerusi. Manakala pusat persidangan boleh menampung sehingga 2000 kerusi.

Untuk meningkatkan aktiviti luaran, ruang panggung besar dicipta di sebelah barat bangunan yang mengandungi ruang pertunjukan, konsert dan ruang pameran. Tujuannya ialah untuk mengoptimumkan penggunaan tenaga melalui turapan telap, penghijauan bumbung, ruang hijau tertanam dan penggunaan sumber air hujan.
Pingback: MAD Architects Design Semula Bekas Gudang Kilang Simen dengan "Ark" Terapung di Shanghai - DZ Creation